Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Cuci Perut Lembu Di Sungai Jadi Pertikaian Netizen, Katanya Kotor & Tak Sesuai

Cuci Perut Lembu Di Sungai Jadi Pertikaian Netizen, Katanya Kotor & Tak Sesuai

Kategori:
cuci perut lembu di sungai

Perut lembu antara organ dalaman yang sangat enak dan sedap. Bagi penggemar organ dalaman ini pastinya akan meminta organ tersebut setiap kali adanya aktiviti korban atau pun penyembelihan lembu.

Bagi yang sangat menggemarinya pastinya akan meminta atau menanda perut tersebut terlebih awal. Betapa ramainya yang menggemari organ dalaman ini sehingga lah rata-rata dari penggemar terpaksa berebut-rebut.

Tetapi ada yang menyukai perut lembu ini namun tidak membawa pulangnya kerana ianya agar sukar untuk dicuci. Lebih ramai yang memilih untuk makan berbanding mencucinya.

Boleh dikatakan ia mengambil masa yang agak lama untuk dicuci tidak kira la sama ada perut tebal atau pun perut bulat.

Cuci dan basuh perut lembu di sungai dipertikaikan netizen

Berkenaan dengan perut lembu ini, selain ada yang mencucinya di rumah ramai juga yang memilih untuk mencuci di sungai. Seperti mana yang dikongsikan oleh ijatlukman menerusi aplikasi TikTok memaparkan adegan beberapa orang lelaki yang sedang mencuci perut haiwan korban ini di sungai.

Dapat dilihat empat orang lelaki tersebut sedang gigih membersihkan perut tebal dan bulat di pinggir sungai. Tidak diketahui dengan tepat di manakah sungai tersebut, namun ianya adalah di bawah jambatan.

Pastinya ianya sesuatu yang menyeronokkan kerana dapat mencuci perut sambil bermain air. Walaubagaimanapun, ia telah menjadi pertikaian dalam segelintir netizen yang menonton video tersebut.

Mungkin kerana sungai tersebut kelihatan kotor dan airnya tidak bersih. Malah sampah yang banyak juga turut kelihatan di tepi sungai tersebut.

@ijatlukman Suasano hari raya qurban🐂…napok koto tpi sedak🤪#fypシ #fypdongggggggg #lembu #qurban #qurbani2022 ♬ original sound – Tok Ayah

Yo meme sedap tapi tempat basuh tu meme cemar dik..

Ekoran itu, ada netizen yang menyatakan, betul rasanya sedap namun tempat basuh tersebut kotor.

Malah ada juga yang menulis, kita buang tahi sahaja di sungai namun balik cuci di rumah. Ini terus cuci di sungai.  Tidak kurang juga ada yang terkedu kerana melihat ada yang membasuh di atas peha.

Ya Allah cemar..

Dalam masa yang sama, ada juga warga TikTok yang meninggalkan komen menyatakan ianya sangat kotor. Namun dijawab secara baik oleh pemilik video berkenaan, basuh perut je di situ bukannya makan.

Apabila melihat kepada keadaan persekitaran memang agak kotor. Namun selagi mana air sungai tersebut mengalir, pastinya ia akan baik-baik sahaja dan perut lembu tersebut pastinya bersih.

Lagi satu, apabila membasuh perut lembu di sungai, kita boleh mengelakkan berlakunya pembaziran air memandangkan untuk mencuci perut tersebut mengambil masa yang agak lama.

Sumber: TikTok ijatlukman

Baca juga: “Selalu Bini Yang Beli..”, Pakcik Beli Ayam Letak Begitu Sahaja Dalam Troli Buat Warganet Risau

tags: |