Roti sandwich menjadi kegemaran orang ramai lebih-lebih lagi mereka yang keluar kerja awal pagi. Mereka biasanya bersarapan dengan roti sandwich kerana cara penyediaannya mudah selain rasa sedap dan mengenyangkan perut kosong.
Ia juga tersedia dengan pelbagai perasan inti seperti tuna, sardin dan juga telur. Ia banyak dijual di kedai-kedai makan dalam bungkusan kecil. Harga yang dikenakan untuk 2 keping roti sandwich biasanya sekitar RM3 hingga RM6.
Tetapi, semakin hari boleh dikatakan banyak keluhan pelanggan di media sosial tentang peniaga roti sandwich yang menipu berkenaan kuantiti inti yang diletak di tengah lapisan roti. Hal ini terjadi lagi kepada salah seorang pengguna TikTok yang berkongsi rasa kesalnya tentang pengalamannya membeli sandwich telur di sebuah kedai.
Katanya, dia membeli roti sandwich tersebut di sebuah kedai kerana terlihat lazat dan menarik pada luarannya. Tetapi selesai membeli, dia membuka lapisan roti itu dan mendapati intinya kosong dan hanya ada beberapa hirisan scrambled eggs yang diletakkan peniaga di tepi lapisan roti.
Seolah-olah hal itu hanyalah untuk mengaburi mata pelanggan tentang inti roti, tetapi sebenarnya penjual hanya meletakkan sedikit sahaja sekadar menampakkan inti telur tersebut.
“Beli sandwich telur. Nampak sedap dan penuh inti. Rupanya salah parking. Betul-betul ikut saranan kerajaan kurangkan penggunaan telur,” luahnya bagi keterangan video tersebut.
@_fatinrosli #kurangkantelur #fyp #foryou #berandatiktok #foryoupage ♬ Cumbia Buena – Grupo La Cumbia
Melihat kepada ruaangan komen netizen, ramai yang berkongsi pengalaman sama tentang scam beli roti sandwich di segelintir kedai. Ada yang berpendapat baik buat sendiri di rumah kerana tidak berbaloi untuk membeli roti sandwich scam yang intinya tidak banyak pun.
Mengambil salah satu komen netizen, Amanah HC berkata, “dah selalu kena. Tak beli dah sandwich. Elok buat sendiri je berbaloi,” katanya.
Selain itu, seorang lagi netizen lain NorSrikandi menyentuh tentang kejujuran peniaga zaman sekarang memang tidak boleh dijangka.
“Wahh hebat nya peniaga cara halal ya”, tulisnya di ruangan komen tentang kisah sandwich telur berkenaan.
Dalam hal ini, sudah banyak kalli ia terjadi. Ada yang meletakkan harga mahal tapi memang tidak selari dengan apa yang pelanggan dapat. Jika mahu naikkan harga, pertingkatkan juga kualiti sedia ada.
Sebagai pelanggan, jika makanan yang dibeli berpatutan dengan kualiti makanan, mereka akan berasa lebih senang daripada ditipu sebegitu rupa.
Sumber: _fatinrosli
Baca juga: “Orang Kayangan Je Boleh..”, Lelaki Ini Guna Kapak Supreme Potong Daging Korban, Netizen Terkejut!