Pekerjaan penghantar makanan sememangnya menjadi pilihan rata-rata rakyat Malaysia. Ia menjadi pekerjaan sepenuh masa atau pekerjaan sambilan bagi menampung perbelanjaan dalam kehidupan sehari-hari.
Setiap pekerjaan ada susah senangnya. Begitu juga menjadi seorang penghantar makanan. Antara kepayahan yang terpaksa diharungi adalah berkait dengan cuaca panas dan kesabaran melayan kerenah pelanggan.
Mengikut data, penghantar makanan tidak kiralah daripada FoodPanda, GrabFood ataupun dari mana-mana syarikat, bilangan pekerja lelaki lebih ramai berbanding wanita. Walaupun begitu, wanita juga mampu untuk melakukan pekerjaan ini.
Terbaharu, satu perkongsian daripada aisha.h_ammar.h membuka mata netizen tentang prinsip dan kata-kata ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Ini dibuktikan dengan kecekalan dia menjadi penghantar makanan (walker) dengan berjalan kaki ke rumah setiap pelanggan.
Bukan itu sahaja, dia yang juga merupakan seorang ibu telah membawa anak-anaknya bersama sambil bekerja. Melalui perkongsian video berkenaan, dua orang anaknya yang terdiri daripada lelaki dan perempuan diletakkan di dalam stroller. Dia menolak stroller diisi makanan yang dipesan pelanggan sekaligus bersama anaknya.
“Satu daripada kenangan. Jadi, saya telah bekerja sebagai penghantar makanan (Grab Food). Satu pekerjaan yang saya boleh lakukan dan bawa anak-anak bersama. Pekerjaan ini juga boleh mengikut masa saya dan target yang ingin dicapai. Semoga Tuhan memudahkan semua kesulitan kita. Amin,” tulisnya dalam keterangan video tersebut.
Video tersebut telah meraih perhatian netizen yang menjadikan wanita GrabFood berkenaan sebagai inspirasi. Setakat ini, videonya dibanjiri dengan 700 lebih komen dan 15.5 ribu tanda suka.
@aisha.h_ammar.h One for the memory. So i joined Grab, a job that i can do and bring the kids along at my own time and target. May Allah ease all of our affairs. Aamiinn! 🥰 #aishaammar #siblinglove
♬ Work Work Work (feat. Twan G) – Dee McGhee & Hydrolic West
@aisha.h_ammar.h One for the memory. So i joined Grab, a job that i can do and bring the kids along at my own time and target. May Allah ease all of our affairs. Aamiinn! 🥰 #aishaammar #siblinglove ♬ Work Work Work (feat. Twan G) – Dee McGhee & Hydrolic West
Meninjau ruangan komen netizen, rata-rata memuji dan berbangga dengan kecekalan wanita terbabit. Tidak kurang juga netizen yang saling mendoakan antara satu sama lain.
Mengambil salah satu komen netizen, Izzah Azly berkata, “MasyaAllah. So proud of you sis. Semoga diluaskan rezekimu dan dipermudahkan segala urusan you sekeluarga. Amin,” luahnya di ruangan komen berkenaan kisah ibu dan wanita kerja GrabFood ini.
Selain itu, netizen lain yang bernama Amira juga memberi komen, “MasyaAllah, video ini boleh dijadikan insspirasi kepada ibu di luar sana lebih-lebih lagi ibu tunggal. Semoga Tuhan merahmati kamu dan keluarga InsyaAllah,” tulisnya.
Melalui kisah wanita kerja GrabFood ini, kita boleh jadikan ia sebagai satu kekuatan untuk terus bekerja mencari sesuap nasi demi keluarga selain mencari dalih yang sedia ada. Diucapkan terima kasih kepada wanita ini kerana menginspirasikan banyak orang. Membuktikan wanita juga hebat dan cekal dengan amanah dan tanggungjawab.
Dan, dengan tidak mengabaikan sistem yang menindas, semoga semua dipermudahkan urusan untuk terus kuat dalam hidup.
Sumber: aisha.h_ammar.h
Baca juga: RM2.50 Sekepala Untuk RMT Sudah Tidak Releven, Murid Perlu Makan Makanan Sihat, Kata Persatuan