Selalunya, jika anda adalah seorang yang suka membelek telefon melihat media sosial sebelum tidur, pasti akan terlihat hantaran tentang cara penyediaan makanan di street food India. Menjadi satu kebiasaan di sana, rata-rata peniaga street food di India menyediakan makanan dengan menggunakan tangan tanpa beralaskan apa-apa.
Oleh sebab itu, ramai juga netizen lain menganjing tentang cara penyediaan makanan di sana. Mereka menunjukkan aksi yang dianggap pelik selain melakonkan balik apa yang diperlihatkan di video makanan jalanan India terbabit.
Terbaharu, satu video telah tular baru-baru ini yang menunjukkan seorang pengguna TikTok melakonkan kembali hal terbabit. Dia melakonkan satu aksi penyediaan makanan street food India yang menunjukkan seorang lelaki menggoreng makanan sambil menyimbah air basuhan tangan yang dicurah ke dalam makanan terbabit.
Lakonan semula yang dilakonkan lelaki terbabit memaparkan dia memasak Maggi sambil mencurah air basuhan tangan ke dalam kuali. Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan menambah aksi mandi dan berkumur lalu meludah ke dalam kuali yang berisi Maggi tersebut.
Mungkin niatnya hanyalah untuk menghirburkan hati dan memberi sesuatu konten atau bahan lawak kepada netizen. Tetapi, ada juga yang mempersoalkannya. Ada netizen yang mengambil aksi itu dengan lawak dan mencuit hati serta ada yang mengambil serius jenaka yang ditunjukkan kepada suatu yang mengejek rezeki.
@al_azhar.v #makananindia #indiastreetfood #indiafood #makanan ♬ suara asli – AHMED MEDIA
Meninjau ruangan komen netizen yang dibanjiri sehinggan 7 ribu komen setakat ini, ramai yang memberi pendapat masing-masing sehinggan mencetuskan satu perdebatan.
Misalnya, seorang netizen bernama Hnir48912 berkata, “macam macam lah rezeki pun buat macam tu ke. Kenapa tak makan je lagi sedap tu,” tulisnya bersama emoji seperti meluahkan hal yang risau.
Selain itu, Yatie Nayla juga menyatakan hal yang sama. Dia berkata, “bila dia sampai mandi aku gelak, tapi bila dia kumur terus aku terdiam,” tulisnya dalam ruangan komen.
Kebanyakan netizen juga turut memberi komen dan menganggap hal itu sebagai suatu konteks lawak sahaja.
“Adoi sakit perut aku”.
“Yang ni paling win”, kata netizen.
Bagi pendapat min, rasanya boleh untuk melakukan sesuatu benda yang lawak kerana kita memerlukan hal yang melucukan untuk menghiburkan diri. Tetapi janganlah sampai membuat aksi secara melebih hingga berkumur dan meludah ke dalam makanan.
Tetapi itulah, mungkin lawak itu subjektif bagi semua orang kan? Ada yang suka dan ada yang sebaliknya.
Sumber: al_azhar.v
Baca juga: Wanita Kerja GrabFood Bawa Anak Bersama, Netizen Kagum Kecekalan Dia Mencari Rezeki