Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Meninggal Akibat Tercekik Daging, Arwah Dipercayai Lapar Ketika Baru Lepas Balik Kerja

Meninggal Akibat Tercekik Daging, Arwah Dipercayai Lapar Ketika Baru Lepas Balik Kerja

Kategori:
tercekik daging

Kematian tidak menunggu dan tidak terlambat walau seminit. Kematian juga tidak boleh dijangka pada bila masakah dia akan tiba. Sebab kematian juga terjadi dengan pelbagai cara. Ada yang sudah dijangka dan begitu juga sebaliknya.

Meninggal Akibat Tercekik Daging, Arwah Dipercayai Lapar Ketika Baru Lepas Balik Kerja

Kematian yang tidak dijangka telah terjadi kepada seorang lelaki di Besut, Terengganu. Menurut Harian Metro semalam, seorang lelaki meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas dipercayai tercekik makanan. Dia sedang menikmati sup tulang di rumahnya di Kampong Alor Selising, Jertih pada 12 Julai lalu.

tercekik daging

Kakak mangsa, Wan Suria Wan Ishak berkata, ketika kejadian adiknya Wan Azlan baru pulang ke rumah dari tempat kerjanya kira-kira jam 5.15 petang. Arwah bekerja sebagai kerani di sebuah kedai perkakasan.

Katanya, ketika kejadian, dia kebetulan berada di rumah berkenaan bersama kedua orang tua mereka. Hal yang tidak dijangka itu berlaku seolah sekelip mata sahaja.

“Ketika sampai ke rumah, Lan (Wan Azlan), terus masuk ke dapur untuk panaskan singgang daging sebelum makan.

“Jika diikutkan sebelum ini dia tidak pernah makan singgang daging lembu, lauk kegemarannya adalah ayam dan dia juga tidak makan ikan. Ini kerana pernah trauma tercekik tulang ikan.

“Semasa mengemas dapur, dia makan daging singgang lalu tercekik daging, mungkin disebabkan lapar baru lepas balik kerja. Dia terus menelan saja daging itu walaupun uratnya sedikit liat susah hancur,” katanya ketika dihubungi tentang detik adiknya tercekik daging.

Wan Suria berkata, adiknya sempat meronta-ronta meminta tolong daripada ibu memaklumkan dia tercekiik serta sukar untuk bernafas.

“Pada masa itu saya juga cuba membantu arwah tetapi tidak berjaya namun sempat meminta arwah mengucap sebelum dia tidak sedarkan diri,” katanya lagi.

“Pernah Trauma Tercekik Tulang Ikan”

tercekik daging

Arwah dihantarkan ke Unit Kecemasan Hospital Besut sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 5.50 petang hari kejadian.

Suria berkata, arwah adiknya amat rapat dengan ahli keluarga. Dia disenangi oleh semua kenalan kerana seorang yang peramah dan suka senyum dan membantu sesiapa sahaja.

“Mungkin naluri seorang ibu pada raya kedua Aidiladha secara tiba-tiba dia berkata jika Lan tiada pasti mereka sukar untuk melakukan aktiviti seharian. Ini kerana dia banyak membantu memudahkan urusan keluarga,” katanya.

Katanya, arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Landak.

“Arwah Seorang Yang Baik Dan Suka Membantu Orang Ramai”

tercekik daging

Arwah seorang yang baik menurut keluarga dan kenalan. Allah lebih menyayanginya. Semoga arwah tenang di sana, di sisi Tuhan yang Esa.

Nota tambahan: Imej daging yang ditunjukkan adalah contoh gambar, bukan gambar sebenar.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: “Gurauan Melampau, Itu Rezeki..”, Lelaki Ini Menganjing Cara Penyediaan Street Food India, Cetus Perdebatan Netizen

tags: | |