Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » Tak Boleh Move On Dengan Keenakan Burger CP? Jom Cuba 8 Produk CP Paling Best Kegemaran Warganet!

Tak Boleh Move On Dengan Keenakan Burger CP? Jom Cuba 8 Produk CP Paling Best Kegemaran Warganet!

Kategori: ,

Bila sebut saja jenama CP, perkara pertama yang terlintas di fikiran semestinya burger CP yang viral. Pada awalnya, ramai yang sanggup borong burger ni bila bercuti ke Thailand.

Namun, sekarang ia lebih mudah didapati di Shopee. Asalkan jumpa burger yang halal dari peniaga yang dipercayai, maka anda tak perlulah merantau jauh untuk mencubanya.

Khas untuk anda yang minat dengan makanan berkualiti dari CP, di sini kami nak kongsikan beberapa produk yang disyorkan oleh warganet. Kesemuanya sedap dan wajib untuk dicuba!

produk CP

8 Produk CP Paling Best Kegemaran Warganet Yang Wajib Anda Cuba

1. Chicken Roll

Selain burger, chicken roll daripada CP juga cukup diminati ramai. Bila digoreng, rasanya memang boleh buatkan orang ketagih. Saiznya pun boleh tahan besar!

2. Cocktail Sausage

Ramai yang turut gemarkan Cocktail Sausage dari CP. Saiznya yang kecil menjadikan ia sesuai untuk dinikmati sebagai snek.

Terdapat tiga pilihan cocktail sausage yang menjadi kegemaran netizen iaitu Chili Cocktail, Smoked Chicken Cocktail dan Cheese Cocktail.

3. Hotdog

Kalau anda kurang gemarkan burger, anda bolehlah cuba hotdog yang tak kurang hebatnya dari CP. Kalau anda pertama kali nak cuba, belilah produk Hotdog paling laris iaitu Cheese dan Chili Cheese.

4. Shrimp Wonton Soup

Shrimp Wonton Soup dari CP pula memang syahdu bila dimakan pada musim hujan. Terdapat dua pilihan iaitu Shrimp Wonton Soup dan Shrimp Wonton in Tom Yum Soup. Dua-dua sedap dan sesuai untuk dinikmati bila-bila masa!

produk CP

5. Nasi Frozen

Mungkin nasi frozen kedengaran agak pelik. Tapi bila anda cuba sendiri Nasi Lemak CP yang lengkap dengan rendang ayam ni, barulah anda tahu kenapa ramai yang sukakannya.

Kalau tiba-tiba tak ada mood nak masak, bolehlah cuba nasi lemak CP ni. Hanya tinggal panaskan dalam microwave, nasi lemak sedap sedia untuk dinikmati!

Selain nasi lemak, ramai yang turut syorkan untuk cuba nasi goreng dan nasi goreng ayam bercili.

produk CP

6. Ayam Goreng Frozen

Jangan tak percaya, CP juga menawarkan pelbagai produk ayam frozen yang sedap dan berkualiti untuk anda nikmati bersama keluarga di rumah. Antara produk ayam frozen yang menarik untuk dicuba dari CP adalah :

  • Crispy Fried Chicken
  • Mexican Spicy BBQ Chicken
  • Crispy Chicken Finger
  • Original Chicken Pop Corn
  • Tom Yum Jumbo Pop Corn

produk CP

7. Ayam Goreng Korea

Selain produk ayam yang mungkin ramai familiar, ada dua produk ayam goreng CP yang jarang orang tahu iaitu CP Plus Korean Fried Chicken dan Korean Popcorn Chicken.

Siap lengkap dengan sos yang pedas manja, ramai yang recommend untuk cuba! Rasa ayam bersalut sos ni memang tak lari jauh dengan ayam Korea dari restoran popular. Memang best kalau pekena bila tiba-tiba teringin nak makan ayam Korea di rumah!

produk CP

produk CP

8. Spaghetti

Untuk penggemar pasta, anda wajib dapatkan aneka pilihan spaghetti frozen dari CP. Memang sesuai untuk jadi penyelamat bila anda lapar pada waktu malam!

Kalau selalu masak maggi pun ada kalanya pasti bosan, kan? Untuk nikmati Spaghetti CP, anda hanya perlu letak dalam microwave saja!

Antara produk Spaghetti CP kegemaran ramai adalah Spaghetti Chicken Sauce dan Spaghetti Aglio Olio. Memang padu habis! Harganya pun tak terlalu mahal untuk anda dapatkan di pasaran.

produk CP

Banyak rupanya produk CP yang menarik untuk dicuba. Boleh dikatakan semua produk CP cukup berkualiti dan teramatlah sedap! Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan produk CP kegemaran anda hari ini!

tags: