Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kita Bakal Berdepan Konflik ‘Ribut Lengkap’, Bekalan Makanan Sukar Diperoleh Tahun Depan

Kita Bakal Berdepan Konflik ‘Ribut Lengkap’, Bekalan Makanan Sukar Diperoleh Tahun Depan

Kategori:
bekalan makanan sukar

Hari demi hari, pelbagai berita yang membimbangkan dilapor media. Antaranya adalah inflasi, ekonomi dunia tidak stabil dan juga krisis iklim yang tidak menentu.

Kita Bakal Berdepan Konflik ‘Ribut Lengkap’, Bekalan Makanan Sukar Diperoleh Tahun Depan

Terbaharu, seperi dilaporkan Kosmo hari ini, Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), David Beasley memberi amaran bahawa bekalan makanan berkemungkinan lebih sukar diperoleh menjelang tahun depan. Ini ekoran pelbagai krisis seluruh dunia yang berlaku serentak, lapor Badan Penyiaran Jepun (NHK), kelmarin.

Beasley berkata, dunia kini diselubungi situasi yang digambarkan sebagai konflik ‘ribut lengkap’. Ia terdiri daripada kejutan iklim, perang Russia-Ukraine dan kemusnahan ekonomi selama dua tahun akibat Covid-19.

bekalan makanan sukar

Beliau menegaskan bahawa Ukraine yang digelar ‘bakul roti dunia’ telah berhenti membekalkan makanan. Tindakan ini menimbulkan beberapa masalah tertentu yang diburukkan lagi dengan lonjakan kos bahan api dan baja. Lantas mewujudkan ‘ribut kemelesetan ekonomi yang lengkap’.

“WFP berdepan kesukaran menetapkan harga makanan utama, yang telah menimbulkan cabaran buat golongan miskin.

“Menjelang tahun depan, disebabkan kemarau dan krisis baja, kita mungkin berdepan dengan masalah ketersediaan makanan yang lebih dahsyat,” ujar Beasley mengulas isu bekalan makanan sukar.

WFP sebelum ini memberi amaran bahawa sehingga 345 juta penduduk dunia diramal berada dalam keadaan ekonomi yang sangat teruk untuk mendapatkan bekalan makanan. Ia merentasi 82 buah negara.

345 Juta Penduduk Dunia Diramal Berasa Dalam Ekonomi Teruk

bekalan makanan sukar

Tambahnya, kegagalan para pemimpin dunia dalam mencari jalan penyelesian untuk membuka pelaburan di wilayah Odesa, Ukraine dilihat sebagai pengishtiharan perang terhadap keselamatan makanan.

Namun begitu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Turki, Ukraine dan Rusia sedang menjalankan rundingan dalam usaha untuk membolehkan makanan dieksport semula.

Setakat ini, sebanyak 26 negara telah pun mengharamkan eksport makanan bagi menjamin bekalan yang mencukupi bagi pasaran domestik.

“Jika rantaian bekalan makanan terganggu akibat keadaan panik dalam pasaran, orang ramai akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan.

“Ia akan menjejaskan semua penduduk dunia, dan tidak terhad kepada golongan miskin semata-mata,” tegas Beasley.

Bukan Golongan Miskin Sahaja Terjejas, Tetapi Semua Penduduk Dunia

bekalan makanan sukar

Dalam isu bekalan makanan sukar ini, semoga perang akan akan berakhir, penindasan terhadap kaum lemah akan terhapus, kaum minoriti dibela dan kita hidup aman selamanya dalam berbagi rezeki dan kemanusiaan bersama.

Sumber: Kosmo

Baca juga: Meninggal Akibat Tercekik Daging, Arwah Dipercayai Lapar Ketika Baru Lepas Balik Kerja

tags: | | |