Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Doktor Kongsikan Tips Guna Lebihan Tulang Korban Untuk Awet Muda, Begini Caranya!

Doktor Kongsikan Tips Guna Lebihan Tulang Korban Untuk Awet Muda, Begini Caranya!

Kategori: ,

Pasti sekarang ramai yang sedang tercari-cari resepi untuk masak daging dan tulang korban yang baru didapati tempoh hari.

Selain hidangkan pelbagai lauk pauk berasaskan daging, di sini kami nak kongsikan satu resepi istimewa yang boleh mengekalkan keremajaan wajah dan tubuh.

Hanya menggunakan tulang korban, anda boleh hasilkan sup tulang yang penuh dengan nutrisi. Sangat bagus untuk anda yang ingin kekal awet muda.

Tahukah anda, sup tulang boleh membekalkan khasiat kolagen yang diperlukan untuk tubuh. Namun, bagaimanakah cara untuk kita mendapatkan manfaatnya?

Tulang Korban

Kepentingan Kolagen Untuk Tubuh

Berkongsi di laman Facebook, Dr Rizal Abu Bakar berkongsi salah satu rahsia awet muda adalah menerusi pengambilan nutrisi kolagen yang mencukupi.

Bagi yang belum tahu, kolagen adalah sejenis protein yang terbentuk dari tiga amino asid iaitu glycine, hydroxyproline dan proline.

Antara komponen yang paling penting adalah glycine. Tubuh manusia dewasa menghasilkan 3 gram glycine sehari. Namun, ia masih tak mencukupi kerana badan memerlukan 15 gram glycine.

Untuk lengkapkan keperluan glycine dan kolagen, kita perlulah dapatkannya daripada sumber pemakanan.

Apabila kadar glycine dalam badan mencukupi, barulah kulit kekal cantik, sendi tak sakit, sistem pencernaan terjaga, mood tidur dan kemampuan berfikir juga jadi semakin baik.

Kolagen juga penting untuk kesihatan urat dan saluran darah. Sekaligus, keradangan pun hilang.

Tulang dan Kartilaj Haiwan Kaya Dengan Glycine

Kolagen biasanya boleh didapati daripada haiwan. Antara bahagian yang kaya dengan kolagen adalah tulang, kartilaj dan kulit haiwan.

Menu paling senang untuk anda dapatkan manfaat kolagen adalah sup kaki ayam. Khasiat glycine pada kaki ayam adalah sekitar 16%, diikuti dengan hydroxyproline (14%) dan proline (8%).

Ini Caranya Untuk Gunakan Tulang Korban Untuk Dapatkan Kolagen

Dah alang-alang ada banyak tulang korban di rumah, apa kata kita gunakannya untuk penuhi keperluan kolagen tubuh?

Caranya adalah dengan menyediakan bone broth, tulang perlu direbus lama. Waktu yang dicadangkan oleh Dr Rizal adalah selama 48 jam.

Anda juga digalakkan untuk tambah sayuran yang kaya dengan fitonutrien dan prebiotuk seperti lobak merah, lobak putih, saderi, daun bawang, bawang putih dan pelbagai rempah ratus.

Tulang Korban

Selepas 48 jam, keluarkan kesemuanya hingga tinggal broth sahaja. hanya air sup dari rebusan yang diminum.

Dari situlah kita bakal dapatkan khasiat glycine. Kalau disimpan di freezer, ia mampu bertahan selama 6 bulan!

Banyak rupanya khasiat sup tulang korban ni. Bukan saja bagus untuk mengekalkan keremajaan kulit, malah ia juga dapat melindungi badan daripada keradangan, masalah ketidakhadaman dan baik untuk kesihatan urat dan sendi.

Jom cuba dan rasai perbezaannya!

Sumber : DrRizal Abu Bakar

tags: