Lambakkan restoran makanan segera di Malaysia membuatkan penduduk negara ini tidak gusar saat malas memasak dan tak sempat memasak.
Asalkan ada wang yang mencukupi, bolehlah makan di restoran makanan segera. Antara restoran yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah McDonalds, KFC, Marrybrown, Texas Chicken dan A&W.
Setiap satunya memiliki pelbagai menu dan digemari oleh peminat yang tersendiri. Dalam seminggu pastinya penggemar akan membeli tidak kira sama ada makan di sana atau pun membawa pulang makan bersama keluarga.
Namun berkenaan dengan makanan segera KFC, sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai ayam yang dijual di sana agak kecil dan rata-rata peminatnya berasa tidak puas hati. Tidak tahu ayam apakah yang digunakan memandangkan saiznya seperti burung puyuh sahaja.
Ekoran itu, seorang lelaki di aplikasi TikTok yang dikenali dengan nama Ariff_Ramlan sempat berkongsi sebuah video yang memaparkan ayam goreng dari restoran makanan segera Texas Chicken.
Disebabkan saiz ayam di sana adalah lebih besar jadi dia menyarankan orang ramai agar menikmati ayam goreng Texas sahaja. Sempat menunjukkan ayam goreng Texas tersebut yang sebesar tapak tangannya.
Dia juga turut memberitahu sudah tiada orang makan ayam KFC memandangkan saiznya yang kecil. Seperti burung puyuh katanya.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat dengan jelas ayam Texas tersebut agak besar. Memang tidak dinafikan bahawa pihak Texas selalu menyediakan ayam yang besar. Tidak pernah lagi kedengaran mengenai pelanggan merungut kerana ayam yang disediakan oleh pihaknya kecil.
@ariff_ramlan ♬ original sound – Deepak SH
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok. Namun rata-ratanya kelihatan bersetuju dengan apa yang disarankan oleh Ariff ini. Ada juga yang meninggalkan komen menyatakan ayam goreng di Texas kurang sedap.
Tidak kurang juga ada yang menulis, harga pun sama macam KFC, air untuk isian semula percuma lagi. Dalam masa yang sama ada juga yang sempat meninggalkan komen menyatakan KFC berhampiran dengan rumahnya baik-baik sahaja, tak pernah buat masalah.
Walaubagaimanapun, ianya atas pilihan masing-masing. Ayam goreng kecil ke besar ke tapi memang ada yang sangat-sangat menggemari KFC akan kunjungi juga. Jadi memandangkan ramai pelanggan yang merungut, sudah tiba masanya pihak KFC mengambil tindakan yang sewajarnya.
Sekali dua tidak mengapa namun jika berkali-kali pergi KFC namun ayam yang diaorang dapat tetap kecil pastinya diaorang akan rasa tidak puas hati.
Jadi apa pun itu, semoga rangkaian restoran makanan segera di Malaysia ini terus berjaya dan dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Kredit: TikTok Ariff_Ramlan
Baca juga: “Pengotor!!..” Tengah Makan Laksa Di Restoran Terkenal, Wanita Ini Tiba-Tiba Temui Ulat