Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Mesti Design Masa Tengah Lapar..” – Rekaan Kasut Terbaru Kanye West Buat Ramai Netizen Terhibur

“Mesti Design Masa Tengah Lapar..” – Rekaan Kasut Terbaru Kanye West Buat Ramai Netizen Terhibur

Kategori:

Pilihan gaya selebriti terkenal dari US, Kanye West sering menjadi bahan bualan hangat warganet. Pasti ada saja rekaan yang terlebih unik sehingga menarik perhatian ramai.

Selain popular dalam industri hiburan, Kanye West juga semakin rancak berkolaborasi dengan jenama kasut terkemuka, Adidas untuk menghasilkan kasut sneakers Yeezy dengan rekaan sofistikated.

Namun, rekaan terbaru dari Kanye West mendapat reaksi yang berbeza daripada netizen seluruh dunia.

Koleksi terkini yang diperkenalkan iaitu kasut YZY 450 dengan warna kuning sulfur buatkan ramai pengguna Twitter terhibur.

Rekaan Kasut Terbaru Kanye West Mirip Macam-Macam Makanan

Rekaan kasut yang unik ini bukan saja menjadi buah mulut di kalangan warganet, malah ia turut menarik perhatian rantaian bakeri terkemuka di UK iaitu Greggs.

Menurut ciapan Greggs di Twitter, kasut terbaru dari Kanye West ini mengingkatkan mereka kepada salah satu produknya yang popular iaitu Sausage Rolls.

Sesetengah netizen juga bersetuju yang rekaan kasut ini mirip dengan roti danish yang belum dimasak. Memang ada sedikit sebanyak persamaan!

“Mesti pereka tengah lapar masa design kasut ni”, komen salah seorang pengguna Facebook.

Kanye West

Macam Dumpling Pun Ada..

Selain Sausage Rolls, rekaan kasut yang berkelim juga membuatkan ia hampir serupa dengan dumpling kukus!

“Saya akan beli kasut ni kalau ia didatangkan sekali dengan kicap”, ciap salah seorang pengguna Twitter sambil berseloroh.

Tak cukup dengan itu, ada juga warganet yang menyamakan rekaan kasut unik ini dengan pasta gulung.

Kanye West

Sebagai rakyat Malaysia, makanan pertama yang terlintas bila nampak kasut ni mestilah durian yang masih melekat pada pangsanya!

Kanye West

Rekaan Pelik, Tapi Ramai Nak Beli!

Walaupun warna dan rekaannya agak pelik dan boleh buatkan netizen lapar, kasut terbaru Kanye West ini ada ramai peminat!

Sebelum warna kuning sulfur ini diperkenalkan, rekaan kasut dengan tiga warna lain laku keras di kalangan penggemar fesyen. Seperti yang kita tahu, reputasi kasut Yeezy juga bukan calang-calang!

Kasut yang  berwarna kuning pucat ini dijual dengan harga bermula US$ 230 (RM 1,023) dan harganya mungkin lebih tinggi jika dibeli platform online lain!

Bila bab-bab membahan rekaan fesyen pelik, netizen memang expert. Namun, fesyen aneh sebegini sangat diraikan di kalangan peminat kasut Yeezy. Rekaan fesyen pelik apa yang pernah tarik perhatian anda? Jom kongsikan dengan kami!

Sumber : mothership.sg

tags: