Nak makan apa, kunjungi sahaja mana-mana gerai, kedai makan atau pun restoran untuk cari makanan yang korang idamkan. Tak perlu nak bersusah payah berketung ketang di dapur.
Pergi sahaja mana-mana kedai, pesan dan bayar. Asalkan poket tebal. Malah lambakan kedai makan pada zaman sekarang pun membuatkan kita tidak terasa susah hati. Namun begitu, apabila makan di luar, ada beberapa perkara yang kita perlu titik beratkan.
Sama ada tentang kebersihan makanan yang disediakan, keadaan kedai serta servis atau layanan yang diberikan baik atau tidak. Kalau buatkan korang selesa, silakan dan nikmati makanan yang korang pesan.
Namun bab kebersihan ini antara perkara utama yang korang perlu tengok. Memandangkan terlampau banyak kisah-kisah berkenaan dengan peniaga makanan yang tidak mengambil endah soal kebersihan ini.
Seperti mana yang dikongsikan oleh dilamusthafa menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan peniaga makanan di gerai tepi jalan yang melakukan perkara yang menjijikkan. Perkara tersebut dapat dilihat dengan jelas oleh Dila.
Menurut Dila, peniaga tersebut mengambil balik lidi yang telah dibuang oleh pelanggan. Malah lebih teruk lagi, tanpa dicuci terlebih dahulu, dia terus menggunakan lidi tersebut. Pastinya ianya adalah satu kejadian yang sangat menggelikan dan membuat sesiapa sahaja beras loya.
Cuba bayangkan, lidi tersebut sudah dibuang oleh pelanggan A namun digunakan semula dan dimakan oleh pelanggan B. Kita tidak tahu kuman dan virus apa yang ada pada lidi tersebut. Kalau basuh terlebih dahulu mungkin lebih baik.
Namun seeloknya, tak payah lah nak kitar semula. Gunakan sahaja yang baru, tiada ruginya jika kita berniaga dengan ikhlas dan jujur.
Dila sempat menulis di video tersebut agar peniaga tersebut berniaga dengan baik. Dia juga seorang peniaga namun tak pernah lagi kutip balik sisa orang.
https://www.tiktok.com/@dilamusthafa/video/7116001801521941786?_t=8TzdIH3nzIg&_r=1
@dilamusthafa Jijik!!!! Share sebab tknk orglain terkono 🥲🥲🥲💯‼️ #Fyp #Fyp #fypage ♬ Oh No – Kreepa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok berasa geli geleman dengan apa yang dikongsikan oleh Dila ini. Ada juga yang sempat memberi nasihat, setiap kali makan makanan berlidi di kedai, pastikan lidi tersebut dipatahkan.
Tidak kurang juga ada yang berseloroh, dia makan sup ekor di kedai kemudian garfu dan sudunya dipatahkan.
Dalam masa yang sama, ada juga yang sempat meninggalkan komen menyatakan hari tu lalu punya ramai dan ada juga yang menulis dia sudah tahu lama. Pernah juga nampak depan mata tengah ramai orang peniaga tersebut relax cucuk terus rebus.
Jadi buat korang yang selalu pergi makan tepi jalan, pastikan anda perhatikan kebersihan atau bahan yang digunakan terlebih dahulu. Bukan semua peniaga bersifat sedemikian rupa namun itulah, angakara nila setitik rosak susu sebelanga.
Kredit: TikTok dilamusthafa
Baca juga: Timun Batang Bahaya Untuk Anak-Anak Makan? Ini Penyebabnya, Jangan Ambil Remeh!