Kebersihan adalah separuh dari iman. Orang yang menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal pasti hidupnya lebih tenang dan murah rezeki.
Isu kebersihan tak semua orang ambil berat. Ada sahaja orang yang tidak mengendahkan soal kebersihan ini, tidak kiralah dari segi makanan, pakaian, diri sendiri atau pun tempat tinggal. Soal kebersihan tempat tinggal ini, kalau duduk ramai-ramai seharusnya ia perlu dijaga.
Ada segelintir manusia yang mungkin tidak kisah soal kebersihan ini, sehinggakan membiarkan rumah, dapur dan diri dalam keadaan kotor. Kalau nak jumpa teman lelaki pandai pula pakai cantik-cantik dan bersih namun apabila berada di rumah, kenalan dan keluarga sahaja tahu.
Pinggan mangkuk ditinggalkan tidak berbasuh, periuk dan kuali dibiarkan berulat dan kebiasaannya sikap sebegini kebanyakkan dilakukan oleh para gadis dan anak dara.
Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang gadis, lysaa02, di aplikasi TikTok berkenaan dengan sikap rakan serumahnya yang pengotor. Hal tersebut adalah disebabkan rakannya itu meninggalkan periuk tidak berbasuh.
Bahkan lebih teruk lagi apabila periuk tersebut sudah berulat. Mungkin sudah lama dibiarkan melihat kepada keadaaan kuah di dalam periuk tersebut sudah mengering.
Malah menerusi video yang dikongsikan itu, dapat dilihat periuk tersebut diletakkan di atas kabinet di bahagian tepi dan ditutup dengan pinggan. Kelihatan juga sayur kubis di atas pinggan tersebut.
Tidak dapat diketahui dengan jelas sudah berapa hari ia ditinggal begitu namun Lysaa sempat menulis caption menyatakan bila nak keluar jumpa teman lelaki semua lawa-lawa. Minyak wangi sebotol tapi dekat rumah sewa sebaliknya pula.
@lysaa02 bila nak keluar jumpa pakwe semua lawa lawa, minyak wangi sebotol. tapi kat rumah sewa… 🙃 #housemates
@lysaa02 bila nak keluar jumpa pakwe semua lawa lawa, minyak wangi sebotol. tapi kat rumah sewa… 🙃 #housemates ♬ original sound – Lyث
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warganet yang menonton video tersebut. Ada yang menulis, ibunya ajar selagi tak kemas rumah, pinggan tak basuh, baju tak lipat jangan harap dapat keluar. Disebabkan itu, sekarang semua buat tanpa disuruh.
Tidak kurang juga ada yang menyatakan susahnya kalau dapat rakan serumah golongan macam ni. Malah ada juga yang komen, nak tengok perangai perempuan bukan daripada lawanya penampilan tetapi daripada bersihnya bilik dan tempat tinggal dia.
Itulah pentingnya kita menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal. Lebih-lebih lagi bagi yang perempuan. Kalau tak pandai sekalipun, belajar lah, dah besar. Tak lama lagi nak mendirikan rumahtangga pula, nak jaga suami dan anak-anak pula.
Jadi jangan amalkan sikap pengotor dan jangan ajar diri jadi pengotor. Jom kita sama-sama berubah jaga diri dan kebersihan sekeliling kita.
Kredit: lysaa02
Baca juga: Cuci Perut Lembu Di Sungai Jadi Pertikaian Netizen, Katanya Kotor & Tak Sesuai