Sebagai pelanggan, ada pertanyaan yang terkadang kita mahu ajukan kepada peniaga kan? Mungkin berkenaan tentang harga ataupun tentang kuantiti makanan yang dijual.
Misalnya, ada juga makanan yang dijual berlainan harga jika mengikut waktu semasa. Pagi harga lain, petang harga lain. Ataupun dari segi portion atau kuantiti makanan.
Menyebut hal itu, seorang pengguna TikTok bernama MK Taufiq mengajukan soalan dan pertanyaannya di laman tersebut berkenaan harga caj makanan.
Soalnya, kenapa jika kita ke kedai memesan nasi ayam, ia berharga RM6. Tetapi, jika kita memesan nasi kosong, lauk ayam asing dan sayur, ia akan berjumlah RM9. Padahal nasi ayam dan nasi lauk ayam mempunyai kuantiti ayam dan sayur yang sama.
“Kenapa ya? Nasi ayam RM6.00 ada ayam ada sayur. Tapi nasi putih tambah lauk ayam tambah sayur jumlahnya RM9.00,” tulisnya dalam keterangan video. Ia menyoal hal nasi ayam VS nasi lauk ayam berkenaan.
https://www.tiktok.com/@mktaufiq4436/video/7119714174195813658?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@mktaufiq4436 Nasi Ayam VS Nasi Lauk Ayam #fyp #fypシ゚viral #fypdongggggggg #tiktokviral ♬ Reading Rainbow Theme Song – Reading Rainbow
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang bersependapat dengan hal berkenaan. Ada juga yang menyamakan dengan situasi isu yang sama tetapi situasi yang berbeza.
“Tu belum bihun goreng lagi. Waktu pagi RM1, apabila malam jadi RM6,” komen MFbCM dalam ruangan komen berkenaan.
“Betul juga ek. Lepasni memang aku tegur orang kedai kalau harga mahal. Memang aku cakap kenapa nasi ayam murah,” komen Apexx Godzilla.
Selain itu, ramai juga membalas pertanyaan itu dengan seloroh dan komen berbaur lawak.
Misalnya, mengambil salah satu komen daripada pengguna TikTok lain bernama Hazri Izwan, dia berkata “dorang dah lama rancang, kita je yang lalai,” katanya.
Dan, ada juga netizen yang menyatakan dan menyamakan dengan konsep ala carte dan set. Jika mengambil set makanan, ia lebih murah berbanding makanan dipesan secara ala carte.
Rasanya dalam isu nasi ayam dan nasi putih ini, hal yang paliing tepat dah adil adalah pelanggan harus melihat kuantiti makanan yang diambil pula.
Contohnya dalam perbandingan sayur, mungkin sayur nasi ayam hanya memakan belanja sedikit kerana biasanya hanya letak salad, timun dan tomato. Mungkin sayu yang di ambil bersama nasi kosong harus memikirkan kos masakan.
Kepada peniaga pula, janganlah mengambil kesempatan dengan mengira makanan dengan harga sama walau kuantiti berbeza. Kita sama-sama jujur dan ikhlas, pasti semua akan baik-baik saja.
Info tambahan: Gambar yang diguna hanyalah gambar hiasan sebagai contoh perbandingan.
Sumber: MK taufiq
Baca juga: “Ingatkan Pelik, Ada Juga Macam Tu..”, Ini Kisah Disebalik Karipap 100 Peratus Oksigen, Rupanya..