Pengorbanan. Satu kalimat yang sungguh senang diungkap tetapi sukar untuk dilaksanakan. Pengorbanan terbahagi kepada banyak aspek. Antaranya adalah wang, cinta, tenaga dan sesuatu yang diberi kepada orang lain untuk menciptakan kebahagiaan.
Bercakap mengenai pengorbanan, sebuah video di TikTok @peah26 menceritakan pengalamannya melihat ketabahan seorang anak kecil yang dikira menjaga adiknya mencetuskan emosi dan empati yang mendalam.
Difahamkan, lelaki berkenaan telah berkunjung ke sebuah pasar malam untuk membeli makanan dan singgah di salah sebuah warung apam balik. Lalu dia terlihat seorang anak kecil sedang mendodoi bayi ketika ibu bapanya sedang sibuk mencari sesuap nasi.
“Jujur aku tak peranh rasa apa yang dia rasakan. Semoga besar menjadi kakak, anak yang baik. Bukan untuk orang tetapi untuk ibu dan ayahmu yang cinta dan kasih padamu sampai hujung nyawa mereka.
“Adakala, anak orang masa kecil penuh dengan bermain. tetapi tidak semua, ada juga yang menjaga adiknya di saat ibu dan ayahnya mencari rezeki,” tulisnya demi menggambarkan perasaan ketika melihat kejadian itu.
https://www.tiktok.com/@peah26/video/7121372602827902234?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@peah26 #fyp #fypシ #foryoupage ♬ suara asli – Tentang lesty – Lestykejora
Meninjau ruangan komen, ramai netizen yang bersimpati dan memuji sifat baik anak kecil berkenaan. Daripada gerak badannya, dia semacam sudah terbiasa menolong ibu dan ayah menjaga adik ketika mereka berkerja.
Netizen juga memuji ibu bapa berkenaan kerana berjaya membesarkan anak dengan penuh jiwa dan besar hatinya.
Mengambil salah satu komen, Yatie Dullah berkongsi pengalaman yang seakan sama dilaluinya.
“Anak aku dah rasa. Sekarang memang dia seorang anak yang sangat-sangat baik dan InsyaAllah akan jadi anak yang berjaya dunia akhirat. Semoga adik ini berjaya,” tulisnya di ruangan komen menyentuh kisah anak kecil jaga adik saat ibu bapa kerja berkenaan.
Selain itu, netizen lain bernama @alia berkata, “anak yang timbang rasa. Tahu ibu bapa gigih mencari rezeki. Jadilah anak yang berjasa dari kecil ya sayang,” katanya.
Melalui kisah anak hebat jaga adik saat ibu bapa kerja ini, didoakan semoga keluarga ini dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Awak hebat wahai anak, sehebat ibu dan ayah awak.
Dan, semoga setiap insan yang sedang bergelut mencari rezeki dipermudahkan jalannya oleh Tuhan
Sumber: Peah26