Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Acar Buah Masam Manis, Buat Niaga Pun boleh Laku Keras!

Resepi Acar Buah Masam Manis, Buat Niaga Pun boleh Laku Keras!

Kategori: ,
acar buah

Acar adalah sejenis hidangan Malaysia yang terdiri daripada campuran sayur atau buah. Sayur-sayuran atau buah-buahan keras, attau buah-buahan jeruk disatukan menjaadi suatu hidangan yang tersendiri.

Ada acar yang dimasak, manakala ada acar yang dibuat seperti gaya rojak atau salad. Acar biasanya dijadikan lauk sampingan bagi hidangan nasi, misalnya nasi putih, nasi minyak atau nasi beriani.

Jika anda penggemar acar, kenalah cuba makan acar buah jika belum mencubanya lagi. Acar buah memang sedap kerana campuran buah yang pelbagai melengkapkan rasa acar. Jom kita buat sama-sama. Ini anggaran 5kg acar buah.

Bahan-Bahan

  • 3 kg buah-buahan jeruk kering berlainan jenis.
  • 7 biji jeruk limau
  • 200 gram jeruk mangga
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 cawan rempah kari ikan
  • 17 ulas bawang putih
  • 17 ulas bawang kecil
  • 30 biji cili api
  • 2 inici halia – mayang nipiis panjang-panjang
  • 1/2 botol sos cili
  • 1 cawan cuka makan
  • gula – ikut rasa masing-masing
  • garam secukup rasa
  • 3 cawan minyak masak

Bahan-Bahan Tumis:

  • 1 sudu besar biji sawi
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 5 tangkai daun kari – optional

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bahan tumis hingga naik bau. Masukkan cili kisar tadi dan kacau sehiingga pecah minyak.
  2. Kemudian, masukkan rempah kari ikan yang dibasahkan dengann sedikit air terlebih dahulu ya. Masak lagi selama lebih kurang 30 minit. Api jangan kuat. Jangan masuk gula dulu ya. Masukkan sedikit garam, cuka dan sos cili. Kacau lagi. Lama-lama sikit ya.
  3. Masukkan gula. Kacau seketika lagi.
  4. Masukkan halia kemudian kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan buah-buah jeruk yang keras terlebih dahulu dan kacau sehingga empuk.
  6. Akhir sekali, masukkan buah-buah yang lembut bersama bawang putih, bawang merah, dan cili api. Kacau sehingga sebati. Perasakan. Kalau tak cukup manis boleh tambah gula. Tutup api
  7. Kalau rasa minyak banyak bertakung, boleh diasingkan minyakknya.
  8. Simpan 2-3 malam dulu sehingga mesra kesemua buah dan barulah lebih sedap kalau dimakan.
  9. Siap!

acar buah acar buah acar buah

Jadi, dah siap acar buah kita. Boleh buat makan sendiri dan simpan. Kalau nak buat niaga pun boleh!

Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Empunya Resepi

Baca juga: “Ini Bukan Sedekah, Ini Tambah Timbangan”, Video Puji Peniaga Sedekah, Netizen Rasa Macam Kena Tipu

tags: | |