Ubi kayu merupakan antara makanan yang cukup popular dalam kalangan masyarakat kita. Walaupun sudah berabad lamanya, namun ia tetap menjadi pilihan ramai orang.
Ubi ini merupakan tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae. Terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sering dijadikan sayuran dan ulaman. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.
Selain enak direbus dan dimakan bersama dengan kelapa parut serta sambal bilis, ubi kayu ini juga sangat enak jika dibuat tapai. Bukan pulut sahaja boleh dibuat tapai, ubi ini juga turut boleh.
Sangat sedap apabila dibuat sedemikian rupa, lebih-lebih lagi jika digoreng selepas ianya selamat dijadikan tapai. Namun untuk dijadikan tapai, ada tekniknya yang tersendiri agar rasanya manis dan sedap.
Jadi jom kita ikuti perkongsian buat tapai ubi kayu dari Nor Aini Abd Rahman ini. Caranya sangat mudah dan kalau ikuti dengan betul pasti menjadi punya.
Mudah sahaja kan nak buat tapai ubi kayu ini? Untung sangat buat sendiri, sebab dapat banyak dan lebih sedap.
Tapi ada beberapa masalah mengenai ubi kayu ini sebab tak pandai nak tengok macam mana ubi kayu yang elok untuk dibeli. Jangan risau, jom kita ikuti petua di bawah ini pula.
Petuanya yang pertama adalah pastikan anda memilih ubi kayu yang mempunyai lapisan kulit dalam berwarna merah jambu berbanding ubi kayu yang mempunyai lapisan kulit dalam berwarna putih. Kebiasaannya ubi kayu yang mempunyai kulit dalam berwarna merah jambu empuk apabila direbus.
Petua yang kedua pilih, anda jangan sesekali memilih ubi yang mempunyai kesan luka atau berlubang kerana kemungkinan besar ubi kayu yang luka itu sudah masuk angin. Jadi pilihlah ubi kayu yang masih baru atau lembap (akibat daripada kesan tanah).
Sebab kalau ubi kayu yang sudah masuk angin dimasak, rasa ubi kayu tersebut akan keras (tidak empuk). Kalau di kampung, ubi kayu yang sudah masuk angin akan diberi makan kepada haiwan ternakan seperti ayam dan itik.
Walau bagaimanapun, keempukan ubi kayu juga bergantung kepada jenis tanah yang digunakan. Tanah gambut adalah tanah terbaik untuk menanam ubi kayu. – (Jamal & Zaleha, 2008)
Kredit: Nor Aini Abd Rahman