Antara perbualan hangat dan topik yang selalu dibualkan di Malaysia ini adalah berkenaan isi minyak masak subsidi atau minyak peket. Ini kerana, negara sedang berhadapan dengan kemerosotan bekalan minyak masak subsidi yang khususnya dijual kepada orang yang memerlukan.
Terbaharu, seorang peniaga kedai runcit berdepan denda sehingga RM1 juta selepas diikesan menjual minyak masak peket bersubsidii RM3.50 sebungkus berbanding harga asal RM2.50.
Menurut Astro Awani pada hari ini, Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka Norena Jaafar berkata hal ini telah berlaku dalam serbuan pada kira-kira 11 pagi semalam.
Ini apabila peniaga berusia lingkungan 40-an juta turut dikesan memberi keutamaan kepada peniaga makanan membeli minyak peket tersebut berbanding pengguna lain. Seperti sedia maklum, minyak subsidi tidak boleh digunakan untuk jualan, ia hanya boleh digunakan untuk kegunaan keluuarga yang memerlukan.
Beliau berkata justeru, tindakan ke atas peniaga itu akan diambil mengikut Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntuk hukuman denda RM1 juta atau penjara tiga tahun. Manakala bagi pertubuhan atau perbadanan, denda maksimum ialah RM2 juta.
“Ketika serbuan dilakukan, seorang pegawai KPDNHEP kita menyamar sebagai pelanggan dengan berpakaian preman untuk membeli minyak masak peket tersebut. Dan, ketika itu minyak berkenaan tiinggal sepeket sahaja.
“Minyak itu dijual pada harga RM3.50 sebungkus sedangkan harga yang ditetapkan kerajaan ialah RM2.50 sebungkus. Ia hanya boleh dijual kepada pengguna biasa bukannya kepada peniaga makanan,” menurutnya dalam kenyataan semalam berkenaan peniaga berhadapan denda RM1 juta.
Norena juga berkata premis itu antara 14 kedai runcit yang diserbu bagi memastikan bekalan minyak masak bersubsidi sentiasa mencukupi. Selain itu, ia haruslah dijual pada harga ditetapkan menerusi kaedah penyamaran.
Serbuan itu dilakukan susulan aduan dan maklum balas pengguna di media sosial KPDNHEP berhubung kesukaran mendapatkan bekalan minyak masak peket sekiilogram di kawasan mereka.
Beliau berkata setiap pengguna hanya dibenarkan membeli tiga peket minyak itu dan peniaga atau peruncit perlu memastikan had yang ditetapkan tidak dilanggar.
“Pendekatan ini akan diteruskan di seluruh Melaka bagi memastikan setiap isi rumah mampu mendapatkan minyak masak bersubsidi itu.
“Pemborong serta peruncit yang menjual barang kawalan hendaklah sentiasa mematuhi arahan pengawal bekalan yang telah diikeluarkan atau berdepan tindakan tegas sekiranya gagal mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan,” katanya.
Orang awam yang mempunyai maklumat atau aduan boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian am KPDNHEP Melaka (06.234 5822) atau hadir ke Pejabat KPDNHEP di Ayer Keroh.
Diharapkan melalui kes peniaga berhadapan denda RM1 juta ini ia akan menjadi pengajaran buat orang ramai.
Dalam kekalutan yang menimpa terus menerus ini, semoga tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan. Dari pihak rakyat atau pihak berwajib, jujurlah dalam tugasan dan amanah.
Sumber: Astro Awani
Baca juga: Peniaga Pisang Goreng Tidak Dibenarkan Untuk Guna Minyak Masak Paket, Orang Ramai Mulai Marah