Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Jual Beli Cedok Jadi Trend Di Laman Sosial, PU Amin Jelaskan Hukumnya

Jual Beli Cedok Jadi Trend Di Laman Sosial, PU Amin Jelaskan Hukumnya

Kategori: ,
jual beli cedok haram

Kehidupan zaman sekarang agak sukar. Pelbagai macam perkara yang dicuba oleh setiap individu bagi meneruskan kelangsungan hidup. Pelbagai perkara yang dibuat, agar anak-anak dan isteri sentiasa terisi perutnya.

Sukar dan perit hidup pada tahun 2022, mungkin itulah yang dirasakan oleh segelintir masyarakat kita. Mana tidaknya, segala jenis barangan sudah naik harga. Harga pula bukan biasa-biasa, betul-betul tak masuk dek akal.

Ekoran itu, ramai yang terjejas. Bagi mereka yang mempunyai pekerjaan tetap dan pendapatan yang tinggi pastinya tidak mengapa. Namun bagaimana mereka yang berkurang bernasib baik.

Oleh sebab itu mereka mencuba pelbagai inisiatif, tidak kiralah sama ada berniaga atau pun mencuba perniagaan lain.

Berkenaan dengan berniaga ini, sejak kebelakangan ini, isu cedok mencedok barangan perniagaan semakin viral. Ramai peniaga makanan, peniaga emas dan lain-lain peniaga yang turut mencuba nasib berniaga dengan cara tersebut di laman sosial.

Mungkin dengan menggunakan cara tersebut, barangan yang dijual semakin laris dan pastinya ianya sesuatu yang menyeronokkan.

Jual beli cedok mencedok adalah haram

Namun begitu, PU Amin telah memberi penjelasan menerusi aplikasi TikTok miliknya berkenaan dengan hukum jual beli cedok mencedok ini.

Menurut beliau, sebenarnya amalan cedok mencedok ini dekat dengan amalan mulamasah. Amalan ini sangat dilarang oleh Nabi Muhammad SAW. Ia pernah diamalkan di zaman jahiliah. Sebab itu kalau kita nak berniaga jauhkanlah dari unsur-unsur gharar.

Apa yang dapat dilihat dalam cedok live ini ada unsur gharar yang sangat ditegah dalam agama Islam. Tambah PU Amin lagi, kita berniaga biar berkat, kita berniaga biar sedikit tapi ada unsur-unsur halal dan unsur yang Allah redha.

Walaupun hanya sekadar gula-gula namun yang kecil-kecil itulah akan dihisab dan dihitung oleh Allah SWT. PU Amin juga menasihati agar menjaga diri kita. Bukan untuk mengacau periuk nasi orang, teruskan berniaga tapi berniagalah dalam keadaan yang baik.

Menurutnya lagi, beliau sudah merujuk hal tersebut kepada pakar-pakar muamalat dan mereka mengatakan ia ada unsur gharar, ada unsur ketidakpastian, ada unsur yang dicipta-cipta dan ada unsur penganiayaan.

Di akhir video tersebut, PU Amin juga meminta orang ramai untuk mengawal diri daripada jual beli seperti ini, moga-moga Allah SWT redha. Mungkin itu lebih faham, anda semua tonton sendiri video tersebut di bawah ini.

@ustazamirulamin

Inshallah masih awal untuk stop. Kita tegur tanda sayang. Moga Allah berkati rezeki kita. Maafkan saya kerana menasihati.

♬ Emotional Islamic Music (2021) – Arslan Chaudhry

@ustazamirulaminInshallah masih awal untuk stop. Kita tegur tanda sayang. Moga Allah berkati rezeki kita. Maafkan saya kerana menasihati.♬ Emotional Islamic Music – Arslan Chaudhry

Semoga perkongsian PU Amin berkenaan dengan jual beli cedok mencedok ini dapat membuka mata kita semua. Ayuh sama-sama jauhi perkara yang dilarang dan haram. Moga-moga kita sentiasa berada dalam keberkatan Allah SWT.

Sumber: TikTok PU Amin

Baca juga: Ustaz Ini Dedah Penawar Masalah Jantung Tersumbat, Boleh Minum Air Daun Sukun Ini.

tags: | |