Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Pilihan Telur Ayam Yang Terbaik & Mempunyai Khasiat Yang Sebenar Untuk Anak-Anak

Ini Pilihan Telur Ayam Yang Terbaik & Mempunyai Khasiat Yang Sebenar Untuk Anak-Anak

Kategori: ,
telur ayam terbaik

Telur ayam merupakan antara lauk pauk yang sangat digemari ramai. Jika tiada lauk lain atau kurang berselera untuk makan, pastinya ramai dalam kalangan kita yang akan menggoreng telur.

Makan nasi bersama telur mata adalah lebih enak berbanding makanan lain. Walaupun kelihatan sangat biasa, keenakannya tetap tiada tandingan. Malah bukan sahaja sedap, telur ini juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Pelbagai macam menu yang boleh disediakan walau hanya dengan telur ayam. Tidak kira lah sama ada telur hancur, telur masak lemak, telur rebus atau pun lain-lain menu yang sangat menyelerakan.

Malah anak-anak juga digalakkan untuk makan telur ayam ini. Namun jika untuk diberikan kepada anak-anak pastikan telur tersebut adalah yang terbaik. Walaupun hanya dengan sebiji telur, pastikan anda pilih yang terbaik untuk anak-anak.

Hal tersebut adalah kerana telur ayam yang baik mempunyai kandungan protien yang bagus dan kaya dengan omega yang mana sesuai untuk otak dan minda anak-anak. Untuk lebih lanjut, mungkin anda boleh lihat perkongsian Dr Mazliana Mazlan di bawah ini. 

Pilih telur ayam yang baik, supaya anak dapat khasiat yang sebenar

Pilih telur yang baik, supaya anak dapat khasiat yang sebenar walau hanya dari sebiji telur.

Telur kaya dengan protein.

Telur naikkan kadar kolesterol baik.

Telur tinggi omega 3 yang bagus untuk otak dan minda anak-anak.

Telur ada choline yang baik buat ibu mengandung untuk perkembangan otak bayi.

Telur ada antioksida lutein and zeaxanthin yang baik untuk mata.

Rajin-rajinlah kita makan telur, ajak suami dan anak-anak makan telur selalu k.

3 ciri telur yang baik untuk anak;

  1. Telur dari ayam tanpa antibiotik dan hormon
  2. Telur dari ayam yang berkeliaran tak dikurung
  3. Telur yang diberi makan dari sumber makanan sebenar dan bukan GMO

Pilihan telur yang baik, penting supaya kita dapat khasiat yang optimum, penting jugak untuk kurangkan kesan alergik dari telur.

Andai kata anak korang alergik dengan telur, cuba cari telur terbaik yang ada 3 ciri ni. Ramai yang makan telur tayyib, alhamdulillah dah tak ada kesan alergik gatal-gatal.

Kita cuba sama-sama ya, pilih telur terbaik untuk anak-anak makan di rumah.

Telur tanpa antibiotik.

Telur tanpa hormon dan antibiotik.

Telur dari ayam berkeliaran atas tanah.

Telur tanpa antibiotik dan hormon.

 

Semoga perkongsian mengenai telur ayam ini sedikit sebanyak membuka mata dan minda anda. Walaupun telur ayam naik harga sekarang ini namun jika anda mempunyai kewangan yang lebih, pastikan anda memilih telur yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga.

Jangan terlalu berkira dengan makanan kerana ia membantu memberikan tenaga untuk tubuh badan kita. Cari dan belilah makanan yang berkhasiat untuk kebaikan kita dan keluarga tersayang.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Mazliana Mazlan

Baca juga: Jual Beli Cedok Jadi Trend Di Laman Sosial, PU Amin Jelaskan Hukumnya

tags: |