Sushi adalah salah satu makanan tradisional yang paling popular di negara mataharii terbit, Jepun sehingga tersebar luas ke seluruh dunia. Secara umumnya, sushi diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur.
Jika biasanya, sushi memang menggunakan nasi sebagai bahan luaran untuk membaluti inti sushi. Tetapi tahukah anda, kalau guna roti sebagai bahan utama juga memang sedap! Nampak pelik kan? Tapi sekali makan mesti nak lagi.
Sesuai lah untuk sesiapa yang sedang diet atau tak mahu makan nasi. Roti sushi adalah pilihannya.
Hidangan roti sushi sandwich ini memang takkan jumpa di sebarang kedai, jadi kita buat sendiri! Resepi ini dikongsii oleh Shahrul Bieha menerusi laman Facebooknya.
Jadi, untuk sesiapa yang rasa nak buat roti sushi sandwich dengan cara ringkas, inilah masanya. Bolehlah rujuk menu dan resepi ini. Semoga bermanfaat!
Selamat mencuba!
Sumber: Shahrul Bieha
Baca juga: Rahsia Ayam Bakar Sedap, Rupanya Perap Ayam Guna Perencah Nasi Goreng Adabi, Baru Mantap!