Jika ke kedai makan atau di tempat publik, keselesaan menikmati keberadaan di sesuatu tempat memang menjadi keutamaan. Kita semestinya mahu menikmati suasana ketika keluar rumah. Pergi makan di kedai makan luar misalnya adalah momen yang ingin dinikmati.
Tetapi, hal itu akan menganggu jika ada hal yang membuatkan kita tidak selesa. Bagi kebanyakan orang, memang orang ramai tidak selesa dengan asap rokok. Tidak dapat dinafikan, asap rokok yang dihembus tanpa menjaga ketenteraman orang di sekitar.
Terbaharu, sebuah video di TikTok tular apabila video berkenaan menceritakan pengalaman ketika berhadapan dengan perokok yang tidak peduli dengan orang sekeliling. Kejadian ini berlaku semasa dia keluar makan di sebuah kedai makan pada malam hari.
Dia terpaksa beralih tempat duduk untuk mengelak asap rokok yang diihembus daripada disedut. Menampakkan riak muka pelanggan dalam video terbabit tidak senang dengan hal demikian.
“Asyik beralih tempat makan sebab nak lari dari smoker penat tol,” katanya dalam keterangan video mengulas situasi berkenaan ketika berdapan dengan perokok di kedai makan.
@ariesgal_s Asyik beralih tempat makan sebab nak lari dari smoker penat tol #pov #fyp
@ariesgal_s Asyik beralih tempat makan sebab nak lari dari smoker penat tol #pov #fyp ♬ original sound – Bubih
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen juga bersetuju dan tidak berpuas hati dengan perokok yang main hembus asap rokok di tempat terbuka sebegitu. Katanya, memang hak seseorang untuk merokok, tetapi carilah tempat lain yang tidak menggugat keselesaan orang lain.
Mengambil salah satu komen netizen, dia berkata asap rokok menjadikan dirinya sakit kepala.
“Sama la tak boleh bau rokok dan vape, auto jadi sakit kepala,” katanya mengulas kisah perokok tak ada ‘common sense’ berkenaan.
Selain itu, ada juga netizen yang menyatakan susah untuk jumpa perokok yang ada ‘common sense’ ketika keluar merokok selain merokok di rumah.
“I dont know la. Susah nak jumpa smoker yang ada common sense,” katanya meluahkan kekesalan bagi perokok tak ada ‘common sense’ ini.
Dalam isu ini, perokok haruslah mempunyai empati jika merokok di luar rumah. Selain membahayakan kesihatan, ia juga menjerumus membahayakan kesihatan orang lain yang dikenali sebagai ‘second hand smoker’. Cari tempat yang sesuai dan yang lebih penting jauh dari orang terutama kanak-kanak.
Ia lagi membimbangkan apabila sudah terdapat dalam kalangan kanak-kkanak dan belia di Malaysia yang menjadi pengguna rokok dan juga vape. Ramai perokok tidak mengetahui larangan merokok di kedai makan yang membolehkan mereka boleh dikompaun jika sabit kesalahan.
Beringatlah, sebelum tergadah.
Sumber: Nisa