Ramai yang cakap llaollao ni sedap tapi tak ramai yang cuba sebab takut kombinasi sauce dan topping tak sepadan.
Ada juga yang mula bosan sebab asyik repeat sauce dan topping yang sama. Sebenarnya kalau anda kreatif untuk gabungkan sauce dan topping yang sedap llaollao, hari-hari mesti nak!
Jadi, untuk anda yang berhajat nak belanja diri sendiri llaollao, jom kita tengok 11 kombinasi sauce dan topping llaollao yang disyorkan oleh netizen!
Kalau anda gemarkan rasa biscoff, pesanlah Lotus Biscoff Sauce dengan biskutnya sekali. Kalau suka, anda juga boleh tambahkan bersama Oreo Crumbs atau Chocoballs.
Rasa topping ni agak manis tapi boleh diseimbangkan dengan rasa masam dari buah-buahan seperti strawberi dan mangga.
Antara sos yang viral di media sosial, ramai yang menggemari rasa sos kacang pistachio yang berkacang dan tak terlalu manis.
Dikatakan antara sos yang paling popular di kalangan warganet, ia juga sesuai digabungkan bersama buah melon dan caramelised biscuit.
Rasa Ovamaltine yang bercoklat dan manis memang cukup sesuai untuk dinikmati bersama yogurt llaollao yang masam.
Anda juga boleh tambahkan buah-buahan seperti mangga dan melon untuk serlahkan lagi kesedapannya.
Bagi penggemar rasa coklat, anda juga wajib cuba Chocorock Sauce yang padu bila digandingkan bersama Oreo Crumbs. Untuk rasa lebih segar, tambahkan buah-buahan seperti kiwi dan strawberi.
Kalau dah bosan dengan Oreo Crumbs, apa kata kali ini anda cuba pesan topping biskut Chips Ahoy!
Memang sesuai untuk digandungkan bersama Lotus Biscoff Caramelised Sauce atau Chocolate Hazelnut Sauce.
Anda juga boleh gabungkan sos White Chocolate dan Ovomaltine bagi yang nakkan kelainan. Ramai yang kata kombinasi dua sos ni memang padu bila dimakan bersama Biscoff Crunch.
Kalau anda kurang gemar rasa sos coklat atau Biscoff, apa kata anda cuba sos Mango yang segar dan tak terlalu manis? Memang menarik untuk dipadankan dengan ap-apa jenis buah sekalipun!
Dianggap sebagai antara topping yang paling laris di llaollao, ramai yang memilih buah strawberi untuk dimakan bersama yogurt.
Walaupun buah ni rasa masam, namun bila dipadankan dengan Biscoff Caramalised Sauce atau Chocorock Sauce, rasanya jadi seimbang dan terlajak sedap!
Berbanding pistachio, Nocilla Hazelnut Sauce pula sesuai untuk penggemar rasa manis coklat dan kacang hazelnut. Sangat sesuai untuk dipadankan bersama Chocoball dan apa-apa jenis buah sekalipun!
Antara pilihan sos coklat yang kurang manis di llaollao, ramai yang turut menggemari Dark Chocolate Sauce lebih-lebih lagi bila dipadankan bersama Chocoball dan buah mangga.
Biasanya ramai yang pilih salah satu di antara kedua-dua sos popular di llaollao ni. Namun, ada juga yang recommend untuk gabungkan kedua-dua sos ni. Rasanya dikatakan antara yang terpaling sedap dan wajib cuba! Bertambah sedapnya bila digabungkan dengan topping biskut kegemaran anda!
Wah, menariknya kombinasi sauce dan topping yang disyorkan! Kalau yang recommend ni peminat tegar llaollao, sudah tentu rasanya dijamin sedap. Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan llaollao hari ni!