Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kondem Orang Pandai, Tapi Train Lambat..”, Rapid KL ‘Sound’ Penumpang Makan Mi Segera, Netizen Balas Balik

“Kondem Orang Pandai, Tapi Train Lambat..”, Rapid KL ‘Sound’ Penumpang Makan Mi Segera, Netizen Balas Balik

Kategori:
rapid kl 'sound'

Jika anda berada di tengah-tengah kota misalnya, penggunaan tren memang menjadi pilihan ramai orang. Semakin hari, rata-rata memilih untuk menggunakan tren sebagai pengangkutan untuk ke tempat kerja, beriadah mahupun bersiar-siar kerana ia lebih mudah dan menjimatkan.

Jika menggunakan tren, biasanya akan menjadi kebiasaan melihat papan tanda peraturan dan larangan ketika berada di dalam tren.

“Kondem Orang Pandai, Tapi Train Lambat..”, Rapid KL ‘Sound’ Penumpang Makan Mi Segera, Netizen Balas Balik

Baru-baru ini, tular sekeping gambar daripada hantaran @AskRapidKl mengenai dua orang gadis yang sedang duduk di dalam tren sambil bermain telefon bimbit. Apa yang menjadi isu, ketika itu juga gadis berkenaan menikmati mi segera dalam cawan yang dibangkitkan oleh pihak Rapid KL tersebut.

rapid kl 'sound'

“Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk makan mi segera dalam tren. Dah makan, tak pakai pelitup muka pula.

“Untuk keselesaan anda, ada sebab kami melarang penumpang untuk makan dan minum di dalam tren,” tulis Rapid KL di Twitter rasmi mereka. Ciapan tersebut disertai dengan tanda pagar #rapidkl #tegursebabsayang.

rapid kl 'sound'

Dalam perkembangan sama, susulan hantaran dan teguran itu, netizen rata-rata membalas balik dengan mempersoalkan isu Rapid KL dalam beberapa aspek. Antaranya adalah jadual masa yang terlambat.

Mengambil salah satu komen netizen, dia memberi kesimpulan bahawa kenyataan Rapid KL itu boleh dikatakan ‘salah orang nampak, salah diri sendiri tak nak perbaiki’.

“Ooo kondem orang pandai. Train lambat, suara location kat mana tak keluar, screen map tak keluar, escalator macam tak penaah baikii, machine topup duit/token selalu rosa. Bas pun sama je, kejap ada kejap tak ada. Apps pulse tu pun selalu je buat hal. Eyyy geram aku,” luahnya dalam ruangan komen ciapan Rapid KL ‘sound’ penumpang itu.

Selain itu, sseorang pengguna Twitter lain juga membandingkan 2 kesalahan dari dua-dua pihak.

“Makan maggi dalam tren satu kebodohan. Lagi satu kebodohan tunggu tren 7 minit waktuu peak hours. Lepas tu tren 2 koc yang sampai. Tu pun masalah Rapid KL kena banteras,” katanya.

“Makan Salah, Fasiliti Tak Baiki Pun Salah”

rapid kl 'sound'

Dalam hal hantaran Rapid KL ‘sound’ penumpang ini, tidak boleh dinafikan hal makan dalam tren memang salah.

Kedua-dua pihak memiliki kesalahan masing-masing. Sudah terang lagi bersuluh, larangan makan dalam tren sudah dipamer. Jadi, janganlah makan di dalam tren kerana takut timbul masalah kepada pengguna lain.

Dan, Rapid KL juga harus menerima dan mengambil berat aduan orang ramai berkenaan hal yang diajukan pelanggan tentang fasiliti tersebut.

Sumber: AskRapidKl

Baca juga: “Suruh Kemas Pun Bising..”, Netizen Keliru Service Tax Dan Service Charge, Ramai Sokong Tinggal Sampah Atas Meja

tags: | |