Selain makan menu atau masakan yang berasaskan daging di rumah, kita juga boleh makan di mana-mana kedai. Bahkan sejak kebelakangan ini viral berkenaan dengan restoran Sukiya.
Restoran tersebut amat dikenali ramai dan mendapat perhatian hampir keseluruhan masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi anak-anak muda. Ramai dalam kalangan mereka yang ingin mencuba daging yang dipusing dengan chopstick dan direndam seketika ke dalam sup.
Bukan sahaja caranya unik akan tetapi rasanya juga sangat enak. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah mengapa restoran ini asyik dipenuhi oleh pengunjung. Hampir setiap hari kelihatan ramai pelanggan yang beratur di hadapan restoran Sukiya ini.
Walaupun begitu, tak semua orang mampu makan atau menikmatinya dengan betul. Pelbagai adegan menyedihkan serta melucukan yang dapat dilihat.
Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama afrinaazmina menerusi akaun TikTok berkenaan dengan adegan kelakar yang dialaminya saat makan daging di restoran Sukiya.
Pada mulanya kelihatan Afrina dengan bersemangatnya memusing atau menggulung daging tersebut di chopsctick. Namun tidak lama kemudian, ada sempihan daging tiba-tiba tertanggal dan terbang ke bajunya.
Tidak mengetahui bahawa daging tersebut menempal ke bahunya, dia dengan mata terbeliak mencari-cari ke manakah daging tersebut. Mungkin bimbang daging tersebut terbang ke lantai atau pun ke cermin.
Sempat menoleh ke belakang sambil bertanya kepada kawannya kat mana namun tidak lama kemudian dia terpandang daging tersebut di bahunya dan mula ketawa dengan kuat sambil mengambil daging yang melekat pada bahunya itu.
@afrinaazmina puas aku cari mana terbang daging tu rupanya atas bahu 🥲
@afrinaazminapuas aku cari mana terbang daging tu rupanya atas bahu 🥲♬ original sound – Yayang
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan maklum balas dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Rata-ratanya meninggalkan komen menyatakan ia satu kejadian yang kelakar.
Malah ada yang sakit perut tergelak gara-gara menonton video berkenaan dan ada juga yang menulis nasib yang kat tangan tu tak masuk mulut. Ada juga yang turut perasan mata wanita ini yang terbeliak mencari daging tersebut.
Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan dia tergelak sampai takde suara dan ada yang menulis, ayat kat mana tu yang tak boleh tahan sambil meninggalkan emoji ketawa.
Kelakar kan? Ramai yang berdekah akibat menonton video berkenaan. Tidak dapat dinafikan, pelbagai lagi adegan kelakar dan melucukan saat pelanggan makan daging tersebut. Ada yang tidak pandai menggunakan chopstick dan pelbagai lagi ragam yang boleh membuatkan orang ramai berdekah.
Sumber: TikTok afrinaazmina