Menguruskan kehidupan rumahtangga bukanlah sesuatu yang mudah. Bukanlah perihal seronok semata-mata. Banyak perkara yang perlu dilalui bersama-sama.
Banyak tanggungjawab yang perlu digalas sebagai suami dan isteri. Dan seperti yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita, tugas seorang isteri selain dari menjaga anak-anak adalah memasak atau menyediakan hidangan untuk suami.
Orang kata, kalau nak suami sayang lebih, kita perlu menjaga perutnya. Maksudnya sediakan makanan yang digemari dan disukai suami, pasti suami akan sentiasa sayang.
Walaupun memasak adalah bukan tanggungjawab sebenar seorang isteri namun menurut Ustaz Azhar Idrus, kalau suami minta untuk menyediakan makanan untuk dia, sebagai seorang isteri wajib menyediakannya.
Sebagai seorang isteri yang sentiasa inginkan suaminya dalam keadaan sihat dan gembira sentiasa, masaklah makanan yang sedap-sedap dan hidangan yang disukai suami.
Berkenaan dengan masakan ini, terbaharu ada seorang lelaki yang dikenali dengan nama Nuratul Ekhqal menerusi akaun TikTok hampir dikecam warga TikTok gara-gara berkongsi video umpama merungut akan masakan yang dihidangkan isterinya.
Pada mulanya, dia bertanya orang ramai apakah perasaan apabila baru pulang bekerja dan dalam keadaan penat namun apabila melihat makanan yang dihidangkan oleh isterinya hanyalah ayam masak kicap.
“Apa perasaan korang balik kerja penat-penat, bini masak ayam masak kicap je”. Ayat tersebut hampir mengundang kecaman orang ramai kerana lelaki ini kelihatan seolah-olah tidak bersyukur.
Namun selepas melihat lebih lanjut perkongsian Nuratil Ekhqal ini, orang ramai tidak jadi untuk mengecam. Menurut lelaki ini, dia terlalu gembira kerana lauk tersebut adalah lauk kegemarannya.
@abeeqal Jangan laaa buat macam ni selalu 🙄
@nuratulekhqalJangan laaa buat macam ni selalu 🙄
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok hampir marah apabila melihat perkongsian lelaki ini. Ada yang menulis, dia sudah sumpah seranah tadi dan ada juga yang berseloroh baru nak ajak jumpa dan maki.
Tidak kurang juga ada yang menyatakan, baru nak ajak naik bot tapi sebab tengok video sampai habis terus tak jadi.
Siapa je tak marah dan tak rasa nak maki apabila pada awalnya kelihatan lelaki ini seperti merungut kerana isterinya hanya memasak ayam masak kicap. Tetapi ia dibuat sedemikian rupa kerana berasa gembira disebabkan lauk tersebut adalah lauk kegemarannya.
Semoga para suami di luar sana turut menghargai masakan isteri korang ya. Jangan lupa ucapkan terima kasih dan hargailah isteri korang sebaik mungkin. Isteri merupakan insan yang paling dekat dengan kita selepas berkahwin dan jangan sesekali sia-siakannya.
Sumber: TikTok Nuratul Ekhqal