Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Korang Kalau Datang Makan Jangan Sibuk Kerja Orang!” – Luahan Pekerja Kedai Makan Ni Buat Ramai Netizen Terhibur

“Korang Kalau Datang Makan Jangan Sibuk Kerja Orang!” – Luahan Pekerja Kedai Makan Ni Buat Ramai Netizen Terhibur

Kategori:

Siapa yang pernah bekerja di kedai makan saja faham betapa penatnya menjamu pelanggan yang datang.

Dari ambil pesanan hinggalah mengemas pinggan yang sudah digunakan, setiap perkhidmatan perlulah diberikan dengan baik demi kepuasan pelanggan.

Kenapa Nak Sibuk Buat Kerja Orang?

Namun, luahan salah seorang pekerja restoran di TikTok ini undang tawa ramai netizen. Menerusi video yang dimuat naik oleh @abangl_alulam, dia rasa tak puas hati dengan pelanggan yang ‘sibuk’ mengganggu kerjanya. Dengan nada yang marah, dia menuding ke arah meja yang pinggan serta sudu garpu sudah siap dikemas.

“Kalau semua orang buat macam gini, aku takde kerja nak buat!”, luah lelaki ini.

Rupanya, video yang dimuat naik bukan dibuat untuk menegur pelanggan, tetapi untuk berterima kasih kepada pelanggan yang rajin mengemas pinggan, cawan serta sudu garpu yang telah digunakan.

Kreatif betul cara abang ni berterima kasih!

Sibuk

Dah Terbiasa Bang, Kalau Boleh Nak Bawak Belakang Basuh Sekali..

Mendengar luahan kelakar pekerja restoran ni, ramai netizen yang mengaku sudah terbiasa kemas pinggan dan sudu garpu selepas selesai makan. Sesetengah warganet juga menganggap cara ini merupakan salah satu adab selepas makan yang biasa diamalkan.

Dalam pada itu, ramai yang sempat berseloroh sambil menawarkan diri untuk bawa pinggan kotor ke belakang dan basuhkan sekali. Netizen memang kelakar!

Sibuk

Dalam ruangan kapsyen, si pemilik video sempat  merakamkan terima kasih kepada semua pelanggan yang ringan tulang dan sangat memahami kesibukan pekerja di restoran.

Kelakarlah abang ni. Ingatkan mula-mula nak marah sebab tak puas hati, rupanya itu caranya untuk ucapkan terima kasih kepada pelanggan yang rajin mengemas.

Sibuk

Walaupun kemas pinggan nampak macam perkara kecil, namun ia memberi makna yang besar pada pekerja restoran.

Betapa gembiranya mereka kalau kita tolong kemaskan walaupun itu bukan tanggungjawab pelanggan.

Semoga perkongsian lelaki ini dapat berikan semangat kepada ramai lagi pelanggan untuk berbuat baik ketika makan di luar. Tak rugi pun kalau kita tolong-menolong dan berbuat baik dengan orang lain, kan?

Sumber : TikTok @abangl_alulam

tags: |