Bercerita mengenai beruk, biasanya beruk menggemari buah-buahan sebagai makanan. Walaupun rupanya begitu menakutkan, namun jika pandai mengambil hati beruk, binatang itu jinak dengan tuannya berbanding orang tidak dikenali.
Bercerita mengenai beruk, kisah beruk yang dipelihara oleh seorang peniaga, Daud Bakar di Kampung Londang, Melaka mendapat perhatian ramai. Ini kerana, beruknya gemar dan suka memakan mi kari.
Menurut laporan Harian Metro, beruk jantan yang sudah ‘pencen’ daripada memetik kelapa dinamakan sebagai Piuh, gemar memakan mi kari yang disediakan di warung tuannya.
Daud berkata, setiap pagi dia menyediakan mi kari untuk Piuh yang gemar memakan mi kari berlaukkan ayam.
“Lazimnya Piuh makan mi dahulu sebelum ayam dan hirup kuah kari. Piuh tidak gemar memakan sayur dan akan membuang sayur ditemui pada mangkuk mi,” katanya.
Dia berkata, Piuh mula menggemari mi kari selepas dia secara tidak sengaja terbuang sisa mi kari yang dimakan pelanggan. Dia membuang mi kari itu berhampiran tempat Piuh ditambat pada pondok kecil di belakang warung.
Katanya, dia terkejut meliaht Piuh mengutip sisa mi kari sebelum menjilat kuah kari yang melekat pada rumput.
Sejak itu, selain memberi makan nasi dan telur ayam, Daud menghulu mi kari untuk dijamah haiwan berkenaan.
“Pada sebelah tengah hari dan petang, saya beri Piuh makan nasi dan jika ada pisang, saya berikan sebiji atau dua biji,” katanya.
Daud berkata, sejak memelihara Piuh 10 tahun lalu, beruk jantan itu tidak banyak kerenah dan memakan kebanyakan jenis makanan yang diberikan.
Katanya, beruk berkenaan diberikan seorang rakannya yang sebelum itu digunakan untuk memetik kelapa sejak berusia tiha tahun. Tetapi perkhidmatannya terpaksa dihentikan selepas mencapai usia 29 tahun.
“Saya tidak akan melepaskan Piuh ke hutan keran beruk itu tidak tahu mencari makan sendiri. Sudah tentu dia akan dibunuh beruk lain yang sudah biasa dengan kehidupan dalam hutan,” katanya.
Dia berkata, Piuh bijak memecahkan telur ayam dan menuangkan atas pinggan plastik sebelum menjilatnya hingga licin.
Comel betul gelagat dan perangai beruk suka makan mi kari ni kan! Semoga Tuhan membalas jasa pemiliknya kerana melebarkan kasih sayang sesama makhluk Tuhan.
Sumber: Harian Metro
Baca juga: Kerana Tayang Gaji Hingga RM5 Ribu, Ramai Nak Jadi Rider, Wanita Ini Kongsi Realiti Sebenar..