Selain ikan, ayam adalah pilihan utama rakyat Malaysia. Selain mempunyai khasiatnya yang tersendiri ayam ini juga merupakan antara lauk yang agak mudah untuk dimasak. Bahkan dengan ayam, kita boleh menyediakan pelbagai jenis hidangan dan menu.
Selain ayam ternak yang mana dikenali sebagai ayam bandar, ada juga ayam kampung. Ramai yang lebih menggemari ayam ternak berbanding ayam kampung memandangkan isinya ayam bandar lebih lembut berbanding ayam yang dipelihara di kampung.
Hampir keseluruhan anggota badan ayam boleh dimakan. Dari kaki hingga lah ke tekak. Malah sejak dari zaman dahulu lagi ada yang menjual kaki ayam goreng dan tekak ayam goreng. Bagi penggemar anggota ini, pasti setiap kali ke pasar akan membelinya.
Bahkan kulit ayam juga terlalu ramai yang suka dan jatuh cinta. Selain membeli kulit ayam goreng dari kedai atau pasar, ramai yang lebih memilih untuk tidak membuang kulit ayam tersebut setiap kali memasak.
Berkenaan dengan kulit ayam ini, ada satu kejadian yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama littlehashaura di aplikasi TikTok. Pada mulanya, wanita ini telah meminta suaminya agar membeli 2 ekor ayam siap potong setelah pulang bekerja nanti.
Setelah dibawa pula, wanita ini dengan semangat membuka plastik ayam berkenaan namun tiba-tiba dia berasa terkejut kerana kesemua ayam tersebut tidak berkulit, kelihatan bogel semuanya. Dari paha hingga lah kepada sayap. Licin bersih.
Ekoran itu, littlehashaura telah bertanya kepada suaminya kenapa buang kulit memandangkan kulit adalah kegemarannya. Sambil gelak, suaminya memberitahu dia lupa untuk maklumkan kepada pembantu yang mencuci ayam tersebut agar tidak membuang kulit.
Menurut wanita ini lagi, pembantu yang memotong serta mencuci ayam tersebut adalah orang Pakistan dan orang Pakistan ini tidak makan kulit ayam. Disebabkan tiada kulit ayam, wanita ini merasakan hilang nikmat seketul ayam. Terpaksa makan makanan sihat selama satu minggu.
@ayunanayumi Hilangnya nikmat seketul ayam.seminggu makan makanan sihat. #fypシ #mixmarriagelife #buatjetiktok #fypdongggggggg
@littlehashaura Hilangnya nikmat seketul ayam.seminggu makan makanan sihat. #fypシ #mixmarriagelife #buatjetiktok #fypdongggggggg ♬ suara asli – rafaaldiansyah
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok. Ada yang meninggalkan komen menyatakan, lebih suka menyiang seperti itu. Kelihatan ramai yang lebih memilih ayam tak berkulit berbanding berkulit.
Tidak kurang juga ada yang menulis, kulit ayam tu la yang sedap. Ada juga yang bercerita, emaknya dahulu macam ni, tiba-tiba je beli ayam togel tetapi memang tak laku. Apabila beli ayam berkulit macam biasa.
Setiap orang pastinya memiliki selera yang berbeza-beza. Ada orang suka ayam berkulit, ada orang suka ayam tak berkulit. Dari segi kesihatan pula, ayam yang berkulit adalah bahaya jika dimakan selalu. Namun ianya terpulang kepada diri masing-masing.
Sumber: TikTok littlehashaura
Baca juga: “Diaorang Tak Check Ke Apa..” Pasar Raya Ini Masih Jual Aiskrim Expired, Ramai Cakap Pernah Terkena