Untung dan rugi sudah menjadi kebiasaan buat mana-mana peniaga. Jika ada rezeki yang ditetapkan oleh Allah, maka bersenang hatilah mereka.
Sebaliknya, jika sudah tertulis tiada rezeki pada hari itu, maka peniaga terpaksa redha dan perlu berusaha dengan lebih kuat.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang penjual air di TikTok, luluh hatinya apabila dapat tahu serbuk coklat yang dibeli untuk jualan air sudah melebihi tarikh luput.
Menerusi video yang dimuatnaik @azharpenjualjalanan, dia terpaksa membuang saja sebalang air coklat yang sudah siap dibancuh dan diletakkan ais. Dia juga terpaksa redha menanggung kerugian yang banyak.
“Benda nak rugi nak buat macam mana, beli serbuk coklat dah tarikh luput. Kalau jual dah boleh dapat RM 300,” keluh si peniaga di ruangan kapsyen.
@azharpenjualjalanan Benda nak rugi nak buat macam mana.. beli serbuk coklat tarihk dah luput.. kalau jual tu boleh dh 300 ringgit.. 😭😭
Jika pengguna TikTok menonton video ini tanpa membaca kapsyen atau komen, mungkin ada yang anggap penjual ni sengaja buang air coklat yang dah tak laku.
Di ruangan komen, ada juga yang persoalkan mengapa dibazirkan air coklat ini sedangkan boleh disedekahkan kepada orang ramai?
Oleh sebab itu, si pemilik video terpanggil untuk menegaskan di dalam ruangan komen yang dia bukannya tak nak sedekah, tetapi serbuk coklat yang digunakan untuk buat air sudah mencapai tarikh expired.
Rata-rata warganet turut menyokong tindakan peniaga ini sambil memuji tindakannya yang tidak bersedekah secara sembarangan. Kalau nak bersedekah, mestilah kena berikan benda yang masih elok, bukan?
Membaca coretan peniaga di kapsyen, warganet turut bersimpati atas kerugian sehingga RM 300 yang terpaksa ditanggung. Netizen juga memuji sikap peniaga yang jujur dan prihatin terhadap pelanggan.
“Tak apa bang, kejujuran lebih baik dari keuntungan,” coret salah seorang warganet dalam ruangan komen.
Dalam pada itu, ramai netizen yang menitipkan doa dan berharap semoga ada rezeki lain buat peniaga ini. Bila kita berlaku jujur dalam perniagaan, InsyaAllah rezeki kita bertambah berkat dan berlipat ganda.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semoga kejadian pahit yang terjadi pada abang ini dapat menjadi pengajaran buat semua peniaga.
Kita juga mungkin boleh belajar sesuatu daripada peniaga yang jujur dan tidak mengejar keuntungan semata-mata.
Sumber : TikTok@azharpenjualjalanan