Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Masak Lemak Kubis Jadi Kesukaan Keluarga, Makan Pula Dengan Budu Dan Sambal!

Masak Lemak Kubis Jadi Kesukaan Keluarga, Makan Pula Dengan Budu Dan Sambal!

Kategori: ,
masak lemak kubis

Biasanya, orang ramai memasak kubis sebagai sayur goreng campur untuk jadikan ia sebagai sayur yang dimakan bersama nasi panas-panas.

Jika di Pantai Timur khususnya, tambahan budu dan sambal sebagai penambah selera menjadi kewajipan buat sesetengah masyarakat sana.

Bayangkan, ditambah pula dengan masakan sayur. Jika anda dah bosan dengan sayur goreng kubis, mari masak lemak kubis pula untuk digandingkan bersama budu, sambal dan ikan goreng.

Min pasti, memang selera dan nasi akan bertambah-tambah. Jadi, buat perkongsian kali ini, min mahu berkongsi resepi yang diberi oleh Suisan Alezsha ini.

Jom buat sama-sama masak lemak kubis ini!

Masak Lemak Kubis Jadi Kesukaan Keluarga, Makan Pula Dengan Budu Dan Sambal!

Bahan-Bahan:

  • sebiji setengah kelapa parut
  • sayur kubis
  • cili besar
  • bawang vesar
  • ikan bilis
  • udang kering
  • garam, gula, perasa secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Ambil sebiji setegah kelapa parut. Perah ambil pati sahaja. Kalau kobis banyak lebihkan kelapa jangan kedekut santan.
  2. Potong kubis, cuci dan toskan.
  3. Bahan campuran, cili besar, bawang besar, ikan bilis. Boleh masuk bahan lain terpulang, udang kering misalnya dan sebagainya.
  4. Masukkan santan dan ikan bilis dalam kuali. Masan dengan api yang sederhana. Sentiasa kacau supaya santan tak berketul.
  5. Bila kuah dah masak dan pekat, masukkan kubis lalu kacau. Masukkan cili besar dan bawang besar, garam secukup rasa. Siap!

masak lemak kubis masak lemak kubis masak lemak kubis

Hidangkan masak lemak kubis dengan ikan goreng dan budu serta sambal belacan bersama nasi panas-panas. Perghhh memang menyelerakan.

Nak pula menu ni dikenakan masa hujan, pasang lagu arwah P Ramlee dan menikmati makanan serta hidup.

Selamat mencuba dan meraikan!

Sumber: Suisan Aliezsha

Baca juga: Gabungan Roti Ini Buat Sandwich Lagi Sedap, Ada Rasa Strawberi Dan Coklat Saling Melengkapi!

tags: | |