Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pekerja Kedai Makan Bagi ‘Surat’ Kepada Pelanggan, Reaksinya Memilukan

Pekerja Kedai Makan Bagi ‘Surat’ Kepada Pelanggan, Reaksinya Memilukan

Kategori:
pekerja kedai makan

Dalam hidup yang penuh dengan cabaran dan kekalutan ini, berbuat baik sesama insan dan menyebarkan kemanusiaan bukan hal yang sia-sia.

Ia dapat mengembalikan kembali jiwa dan semangat seseorang. Lebih-lebih lagi kepada jiwa yang lemah kerana gagal menyempurnakan sesuatu atau mendapat sesuatu mahupun kehilangan sesuatu.

Tetapi, hidup harus diteruskan, makanan perlu disuap ke dalam perut untuk terus menghadapi hari-hari mendatang.

Pekerja Kedai Makan Bagi ‘Surat’ Kepada Pelanggan, Reaksinya Memilukan

Terbaharu, satu perkongsian yang dikongsikan oleh pekerja kedai makan menyentuh jiwa sesiapa yang melihat dan menontonnya.

pekerja kedai makan

Perkongsian video daripada Kasir Crisbar di laman TikToknya mendapat perhatian netizen kerana terharu dengan sekecil-kecil kebaikan yang dilakukan pekerje kedai makan tersebut kepada pelanggannya.

Menerusi video itu, seorang pekerja kedai makan menghantar makanan yang dipesan pelanggan dengan meletakkan ‘surat’ istimewa buat pelanggan terbabit.

Surat itu berbunyi, “hai pejuang masa depan, tidak masalah seberapa lambat kamu berjalan. Asalkan kamu tidak berhenti. Semangat ya kak!”, tulisnya dalam surat tersebut.

Selepas membaca surat itu, pelanggan perempuan kelihatan menangis kerana mungkin terharu dan sebak dengan kata-kata yang menusuk jiwanya.

pekerja kedai makan

@kasircrisbar Tidak masalah seberapa lambat kamu, asal kamu tidak berhenti ❤️ #fyp #fypシ #kasircrisbar #crisbar #pejuangmasadepan #pejuangrupiah ♬ Runtuh – Feby Putri & Fiersa Besari

Melihat kepada ruangan komen, ramai yang berterima kasih kepada pekerja kedai makan terbabit. Mereka percaya bahawa sekecil-kecil kebaikan adalah hal yang bermakna buat pelanggan.

Mengambil salah satu komen netizen, Izwana Othman berkata bahawa dia ikut sebak melihat kisah yang dikongsikan.

“Ikut sebak. Mungkin kerana tidak terfikir ada yang memberi semangat saat sedang lagi down yang tak terlihat,” tulisnya memberi komen terhadap kisah kebaikan pekerja kedai makan terbabit.

Selain itu, netizen lain juga rata-rata menyifatkan hal itu sebagai satu dokongan yang diperlukan oleh jiwa manusia yang perlukan kekuatan. Walaupun ia adalah kekuatan daripada orang yang tidak dikenali.

“Sejuk dan sayu bila dapat kata-kata semangat macam ni kan. Ia boleh buat kita terus jadi kuat,” kata Sefirod.

Mungkin Akak Tu Memerlukan Kata-Kata Semangat Sekarang

pekerja kedai makan

Jelaslah, dalam dunia yang penuh dengan cabaran, kebaikan dan sifat empati memang diperlukan orang-orang. Apalagi ketika dunia memaksakan kita untuk terus kuat, tetapi semangat berkehendak sebaliknya.

Jadi, sebarkan kebaikan buat orang terdekat walau di mana kita berada, seperti kisah pekerja kedai makan ini. Tanpa kita sedar, ia dapat menolong dan menguatkan semangat orang lain.

Semoga Tuhan permudahkan urusan kita semua. Terima kasih orang-orang baik.

Sumber: Karis Crisbar

Baca juga: “Dah Tulis Besar-Besar..”, Pelanggan Kesal Minta Taknak Sayap Ayam, Tapi Dapat Juga, Mujurlah..

tags: | |