Sudahkah anda bersedia untuk nikmati keenakan burger yang padu dan unik?
Kolaborasi Revenue Valley dengan myBurgerLab kini memperkenalkan rangkaian menu burger terhangat di The Manhattan Fish Market, Tony Roma’s, NY Steak Shack dan Nice Catch by MGM!
Kerjasama antara dua nama terkemuka dalam industri makanan tempatan ini bakal menyajikan anda pengalaman yang berbeza dengan menu burger yang berinovasi dan sedap tak terkata!
Jom kita tengok menu baru yang ditawarkan khas untuk semua penggemar burger di Malaysia!
Terkenal dengan hidangan makanan laut yang lazat dan menyegarkan, kini The Manhattan Fish Market ingin mengajak anda untuk nikmati burger dengan sentuhan citarasa serba unik!
Untuk masa terhad ini, jadilah yang pertama untuk mencuba menu burger terbaru di The Manhattan Fish Market. Aneka hidangan burger yang menyegarkan menanti anda iaitu :
Mike’s Salsa Burger (RM 19.90)
Burger yang dihasilkan daripada gabungan ikan bersalut tepung yang segar, cendawan dan sos Green Salsa.
Hot Reef & Chick (RM 28.90)
Burger ayam yang rangup memikat serta dipadankan dengan Red Sauce istimewa daripada myBurgerlab.
Snappin’ Budu Burger (RM 33.90)
Burger unik dengan citarasa Pantai Timur. Dihasilkan daripada kombinasi udang bakar dan Budu Mayo yang pedas-pedas manja.
Alamilah kelazatan hidangan burger yang cukup berbeza dengan padanan Charcoal Bun serta hand-cut Chips yang rangup dan enak. Ia pasti bakal membuatkan anda tersenyum sampai ke telinga!
Bermula 4 Ogos 2022, alamilah keenakan menu terbaru Tony Roma’s X myBurgerLab yang terdiri daripada patty burger daging gril yang berjus dan aneka Salsa serta didatangkan bersama kentang goreng.
Tiga menu burger istimewa menanti anda di Tony Roma’s iaitu :
Royal Stacked Burger (RM 59.00)
Burger yang dihidangkan bersama double Australian beef patty, keju serta Green Salsa dan Spicy Red Salsa yang membangkitkan selera.
Chucky Ring Burger (RM 45.90)
Kombinasi mantap patty burger daging grill, Onion Ring yang digoreng rangup keemasan, keju dan Spicy Red Salsa.
Loaded Chick Burger (RM 38.90)
Gabungan patty ayam yang digoreng sampai garing dengan pilihan Green Salsa atau Red Salsa. Kalau nak lagi padu, anda juga boleh request untuk double-kan patty ayam dengan harga add-on RM 6 sahaja.
Terkenal dengan burger sizzlingnya yang tiada tandingan, kini NY Steak Shack yang berkolaborasi dengan myBurgerLab bakal membawakan anda variasi menu burger yang super sedap!
Jom singgah ke NY Steak Shack untuk cuba dua burger terbaru iaitu :
Bob’s House On Fire Burger (RM 34.90)
Burger daging gril yang berjus dan dipadankan bersama cendawan, keju dan Red Sauce.
The Dancing Hulk Burger (RM 29.90)
Gabungan burger daging gril dengan telur goreng, keju dan Green Salsa yang gempak.
Bagi yang teringin nak mencuba snek enak yang padat dengan rasa, singgahlah ke Nice Catch by MFM untuk nikmati menu terbaru iaitu Hot Binge Cornador (RM 9.90) dan Hot Mess Bait Hotador (RM 12.90) yang dipadankan bersama Hot Sauce daripada Nice Catch X myBurgerLab.
Pada bulan September nanti, dua lagi menu Hotador akan buat kemunculan di Nice Catch by MFM iaitu Franktastic dan Hen Solo.
Menu edisi terhad daripada 4 restoran terkemuka hasil kerjasama Revenue Valley dan myBurgerLab pasti bakal menepati citarasa rakyat Malaysia yang adventurous dalam mencuba menu baru.
Rangkaian menu burger yang cukup unik dan berinovasi pasti bakal menambat hati penggemar burger di luar sana.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan hidangan burger terbaru dengan rasa yang segar dan serba unik daripada The Manhattan FISH MARKET, Tony Roma’s, NY Steak Shack dan Nice Catch by MFM hari ini!