Sejak aplikasi TikTok dikenali dan popular, ramai yang mula menggunakan aplikasi ini bagi mendapatkan sumber pendapatan.
Hanya dengan membuat siaran langsung sahaja, pengguna bakal mendapat pulangan yang lumayan. Seperti mana yang diperolehi oleh pemain TikTok yang kian dikenali ramai, Ryan Bakery.
Selain itu, pengguna TikTok juga boleh mempromosikan produk dan menjual produk mereka di aplikasi ini. Selain dari menjual, pelbagai macam lagi konten yang dibuat oleh pengguna TikTok sama ada untuk dikenali ramai atau pun untuk tujuan perniagaan.
Namun ada juga yang menyalah gunakan aplikasi TikTok ini dengan tujuan yang tidak masuk akal. Malah ada segelintir wanita yang melakukan aksi gedik dan manja semata-mata untuk dikenali ramai.
Tak perlu gedik-gedik atau melakukan perkara tidak senonoh, jadi sahaja diri sendiri. Itu pastinya lebih baik. Seperti mana yang dilakukan oleh pemilik akaun TikTok yang dikenali dengan nama UmeCikin, apabila dia berjaya meraih populariti di laman TikTok tanpa video gedik-gedik.
Apa yang dipaparkan dalam video yang dikongsikan adalah berkisarkan tentang kehidupan di kampung bersama keluarga, video makanan serta memasak. Intonasi dan lenggang lenggok gaya percakapan dan bahasa dalam video yang dikongsikan mampu menarik perhatian ramai.
Mempunyai gaya dan identiti yang tersendiri, wanita yang berkelulusan kejuruteraan ini tidak perlu memakai pakaian yang seksi untuk dikenali ramai. Cukup dengan berpakaian baju kotak sahaja.
Dalam masa yang sama, dia turut menggunakan peluang yang ada untuk menjual atau memasarkan produk acar ikan masin yang dibuat sendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi berkenaan dengan Ume Cikin ini, jom kita ikuti perkongsian Siti Suryani Yaakop di bawah ini.
Tadi ramai orang share pasal adik ni. Gambar yang sebijik macam ni. Siapa penulis awalnya saya tak teringat pula.
Tapi tulisan yang sangat baik.
Tentang bagaimana seorang graduan kejuruteraan terjun ke dalam bidang content creator.
Tentang bagaimana usaha anak muda yang berpelajaran dan bijak membina kerjaya melalui media massa.
Tentang bagaimana adik ni tidak berkisah mengeluh tentang belajar lain tapi kerjanya lain pula. Dia belajar lagi ilmu baru dengan peluang yang ada.
Saya selalu juga tunjuk pada anak kalau Tik Tok adik ni lalu di wall FB saya. Ada dia buat sambal. Ada dia masak. Cuba makanan. Dia hantar adik balik asrama. Yang tu yang paling kelakar antara semua yang kelakar.
Saja tunjuk. Sebab anak saya yang nombor dua tu suka juga berangan-berangan buat content. Ala…budak mana yang tidak zaman sekarang ni kan. Duk diam-diam sorang kang dengar lah,
“Hai gais…”
Tapi gambar ni benar-benar menangkap hati saya. Sebagai seorang mak. Pada dua orang anak perempuan. Saya yakin mak ayah beliau tentu sangat bangga dengan adik ni.
Bangga bukan saja kerana berjayanya dia. Tapi lebih bangga lagi kerana dia berjaya dalam keadaan kekal menjaga nama dan maruah dirinya sebagai wanita.
Biar anak saya nampak.
Dalam saat anak gadis dan mak gadis hilang kekuatan menahan diri dari berjoget menunjuk tubuh badan serta menonjolkan muka terpaling cantik yang boleh, adik ni kekal menjadi diri sendiri dan menjaga diri dia sebaiknya.
Tiada make up. Tiada baju cantik dan mahal. Tiada aurat yang dibuka. Tiada gedik-gedik dan manja-manja. Tiada lemah longlai dan aksi mengada-ngada. Tiada suara halus dan gedik yang dibuat saja-saja.
Tapi tetap ramai yang minat. Follower pun merata-rata.
Dia tak kisah nak tiru sesiapa. Dia ada identiti. Dia punya kekuatan peribadi. Dia unik dengan caranya tersendiri. Dia tak perlu buat benda pelik-pelik. Dan tak payah nak bertabarruj. Apa lagi nak buka aurat.
Tapi tetap,
Wanita pun boleh minat.
Lelaki pun sama hormat.
Dan begitulah saya sentiasa harap anak-anak perempuan saya dan kita semua akan jadi. Semoden mana pun dunia ni pergi. Tetap dia pandai jaga diri. Tetap dia punya kekuatan peribadi. Tak kisah nak ikut trend sana-sini.
Dia menjadi diri dia seadanya.
Dia menjaga diri dia sekuatnya.
– Siti Suryani Yaakop
Dari bidang kejuruteraan kepada peniaga acar ikan masin. Cukup luar biasa kan? Perempuan yang sebegini lah yang perlu kita iktirafkan. Semoga perkongsian ini dapat membuka minda korang di luar sana.
@umeazhar Semput Aku nok.Btw Aku restock acar ikan masin Aku hari Khamis 8/4/2021 jam 9pm di Shopee Aku.Siapa lambat tinggal#smallbusinessowner #acarikanmasin
@umeazhar Semput Aku nok.Btw Aku restock acar ikan masin Aku hari Khamis 8/4/2021 jam 9pm di Shopee Aku.Siapa lambat tinggal#smallbusinessowner #acarikanmasin ♬ original sound – UmeCikin
Sumber: Siti Suryani Yaakop