Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tulis Sekali Tak Baca..” Ramai Setuju Pelanggan Ini Tulis Nota Panjang, Takut Vendor Tak Perasan

“Tulis Sekali Tak Baca..” Ramai Setuju Pelanggan Ini Tulis Nota Panjang, Takut Vendor Tak Perasan

Kategori:
pelanggan tulis nota panjang

Lambakan kedai makan di luar sana dan adanya khidmat penghantaran makanan memang sangat-sangat membantu. Jika lapar pesan sahaja di foodpanda, GrabFood atau mana-mana perkhidmatan penghantaran lainnya.

Tidak lama kemudian pasti sampai makanan yang dipesan. Hendak titip apa-apa pesanan pun boleh. Melalui foodpanda, korang boleh sahaja menulis nota di ruangan yang disediakan. Korang boleh nyatakan apa permintaan korang, sama ada nak ayam bahagian apa dan lain-lain.

Bahkan jika nak hantar makanan kepada kawan korang dengan tujuan untuk mengucapkan sesuatu pun boleh sahaja tau. Nak ucap semoga cepat sembuh ke, nak ucap selamat hari lahir pun boleh.

Namun apa yang menjadi masalah saat menulis pesanan ini adalah kadangkala ada segelintir peniaga yang tidak perasan akan pesanan tersebut. Jadi ramai dalam kalangan pelanggan yang titip pesanan akan menulis dengan panjang pesanan yang sama.

Ramai Setuju Pelanggan Ini Tulis Nota Panjang, Takut Vendor Tak Perasan

Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama lightingy0u di aplikasi TikTok berkenaan dengan pelanggan yang menulis nota yang amat panjang. Terkejut dengan nota tersebut yang panjang, dia kemudiannya memuatnaik ke aplikasi TikTok.

Nyatanya video tersebut telah menarik perhatian ramai. Bukan mengecam pelanggan berkenaan namun mereka bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh pelanggan tersebut. Kata mereka, jika tulis nota pendek, kadangkala ada peniaga yang tidak perasan.

Mungkin disebabkan bimbang pihak vendor atau peniaga tidak perasan, pelanggan yang membeli Big Apple ini telah menulis nota yang berbunyi “HAPPY BIRHTDAY” seperti menulis karangan. Panjangnya cukup luar biasa sehinggakan wanita berkenaan sempat bertanya, ini taip atau apa.

Mungkin juga ini kali pertama pihak vendor menerima pesanan atau nota dengan begitu panjang sekali. Walaubagaimanapun, ramai yang bersetuju dengan tindakan pelanggan tersebut.

https://www.tiktok.com/@lightingy0u/video/7122754196239125787?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

@lightingy0u🫣♬ original sound – Smiling 🙂 ✨

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Bukan sahaja rata-ratanya bersetuju dengan tindakan pelanggan ini namun ada juga yang menulis, kadang diaorang tak baca. Bila tulis panjang-panjang baru nak baca.

“Takut tak nampak kot”

Tidak kurang juga ada yang pernah alami nasib vendor tidak membaca nota yang ditulis kerana tidak perasan. Tak nak macam-macam tetapi masih juga buat. Dalam masa yang sama, ada juga meninggalkan komen menyatakan, dia akan melakukan hal yang sama setiap kali tidak mahu tauge.

“Saya selalu tulis ‘taknak taugeh’ banyak macam ni. Kalau tulis sekali je, diaorang letak gak taugeh”

Namun apabila setiap seorang pelanggan menulis pesanan atau nota yang panjang, penggunaan resit juga semakin banyak. Pihak vendor terpaksa mengeluarkan wang yang lebih daripada biasa kerana resit cepat habis.

Tapi memang tidak dinafikan, kalau tulis pendek kadangkala ada peniaga atau vendor yang tidak perasan. Ya la, banyak kerja nak buat dan sediakan, akan ada perkara yang terlepas panjang.

Sumber: TikTok lightingy0u

Baca juga: Staff Tak Perasan Bahan Ada Bau Lipas, Peniaga Khalta Redha Tanggung Kerugian Yang Besar

tags: | | |