Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kalau Tak Nak Cakap Awal-Awal..” – Peniaga Pavlova Kecewa Kena Bluetick Oleh Influencer Review Makanan

“Kalau Tak Nak Cakap Awal-Awal..” – Peniaga Pavlova Kecewa Kena Bluetick Oleh Influencer Review Makanan

Kategori:

Untuk melariskan perniagaan, pelbagai cara yang peniaga lakukan. Ada yang lakukan kaedah pemasaran secara kreatif, ada juga yang menggunakan khidmat product review daripada influencer untuk lariskan lagi jualan.

Namun, seorang peniaga ini berasa tertipu apabila ingin menggunakan khidmat seorang influencer.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang peniaga pavlova di TikTok, pada mulanya dia bersemangat menyiapkan pavlova dari perniagaan kecilnya.

Namun, bila tiba masa untuk hantar produk tersebut untuk review, si influencer tiba-tiba diam seribu bahasa.

Walaupun si peniaga sudah hubunginya menerusi Whatsapp berkali-kali, tetapi si influencer tetap tidak memberikan sebarang respons.

@tnsharmimi

Sekarang dah famous mana nak layan penjual mcm kita ni. Dia layan elok kedai2 makan yg viral jer #fypシ

♬ original sound – Aqlan – Aqlan Rosli

Kalau Tak Nak Kenapa Tak Cakap Awal-Awal?

Peniaga ini cukup kesal bila ditolak mentah-mentah oleh influencer tanpa sebab. Semua pesanan Whatsapp dari peniaga dibiarkan bluetick tanpa sebarang balasan.

Mana taknya, dia sudah berpenat lelah hasilkan pavlova yang cantik untuk review, tapi influencer tersebut begitu mudah untuk lepaskan diri daripada tanggungjawab.

“Kalau rasa tak nak terima, kenapa tak cakap awal-awal? Semua ni pakai modal tau. Semoga Allah membalas perbuatanmu menganiayai orang,” luah si pemilik video yang terpaksa redha dengan dugaan ini.

Lain Kali Ambik Payment Dulu Sis

Menurut peniaga ini, dia bernasib baik kerana masih belum buat sebarang pembayaran kepada influencer tersebut. Katanya, dia bercadang untuk hantar produknya terlebih dahulu sebelum buat pembayaran.

Namun, ada netizen yang turut berniaga menasihati pemilik video untuk tuntut bayaran terlebih dahulu sebelum meneruskan bagi mengelakkan pembatalan saat akhir begini. Dengan cara ini, sedikit sebanyak modal yang dikeluarkan oleh peniaga masih terjamin pulangannya.

Menurut pemilik video, dia sendiri tak sangka yang dia bakal diperlakukan sebegini.

Semoga Murah Rezeki

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang bersimpati dengan nasib pengusaha pavlova ini. Justeru itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada @mekpavlova di samping mendoakan supaya ada rezeki lain untuknya pada masa akan datang.

Begitulah lumrah dan dugaan dalam berniaga. Ada kalanya kita pasti diduga dengan pelbagai karenah dari pelanggan dan tukang review produk. Semoga apa yang dilalui oleh peniaga ini dapat dijadikan iktibar buat semua.

Sumber : TikTok @mekpavlova

tags: