Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ayam Crispy Ada Ekor Binatang Lain, Gadis Ini Tak Lalu Nak Makan, Tapi Ini Pula Kata Peniaga..

Ayam Crispy Ada Ekor Binatang Lain, Gadis Ini Tak Lalu Nak Makan, Tapi Ini Pula Kata Peniaga..

Kategori:
ayam crispy

Ayam crispy sememangnya sedap dimakan kerana kerangupan dan nikmat yang datang hasil dari kriuk-kriuk yang sedap itu. Ia sememangnya mantap digandingkan bersama resepi nasi ayam penyet yang dimakan bersama sup dan sambal pedas.

Mendengar sahaja sudah terliur bukan? Memang sedap sangat!

Ayam Crispy Ada Ekor Binatang, Gadis Ini Tak Lalu Nak Makan, Tapi Ini Pula Kata Peniaga..

Tetapi, hal ini berbeza dengan apa yang dilalui oleh seorang gadis yang membeli nasi ayam penyet untuk dimakan ketika waktu rehat kerja. Perkongsian di TikToknya menceritakan ada bahagian ayam yang menampakkan seperti ekor tikus atau ekor cicak mencetuskan perdebatan netizen.

ayam crispy

Video itu telah mendapat perhatian netizen sehingga meraih 6.9 juta tontonan dan mendapat 162 ribu tanda suka serta dibanjiri dengan komen netizen yang kebanyakannya datang dari negara Indonesia dan juga Malaysia.

“Tidak mahu suudzon tapi takut bangat mana lagi lapar-lapar lagi makan siang terus tida makan lagi malah terus muntah.

“Tolong ini daging ayam atau tikus?”, soalnya pada video ayam crispy berkenaan.

Pertanyaan itu mencetus perdebatan antara netizen. Ada yang menyatakan itu adalah ekor tikus daripada bentuk dan panjangnya. Malah, ada juga yang menyifatkan itu bahagian leher ayam yang tidak dipotong dan tidak dibuang oleh tukang masak.

Walaupun begitu, melihat kepada ruangan komen, ramai yang menyatakan itu adalah ekor binatang. Tetapi setelah itu, ia disangkal oleh peniaga itu sendiri.

ayam crispy

https://www.tiktok.com/@krywnsosbak/video/7125305263543848218?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@krywnsosbak gak mau soudzon Tapi takut bgt mana lagi laper2nya lg mkn siang trs udh kemakan Lg sepato trs malah muntah”😭🥺 tolong ini daging ayam / t***s😭#fyp #retailtiktok ♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop

Daging Ayam Atau Tikus?

Gadis itu menambah penjelasan pada bahagian video lain bahawa penjualnya menyatakan itu adalah usus buntut dari ayam.

“Saya tidak menyimpulkan itu daging jerry (tikus) tapi di video (awal) saya cuma tanya ini daging apa jadi bisa di ambil hikmah kalau beli sesuatu.

“Saya sudah klarifikasi sama penjual. Kata penjualnya itu usus buntut dari ayam. Cuma saya dan keluarga saya masih janggal aja.

“Berfikir positif tapi langsung muek dan akhirnya sakit,” jelasnya.

ayam crispy

https://www.tiktok.com/@krywnsosbak/video/7125603388351450395?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@krywnsosbak Membalas @theonly_j03 ♬ suara asli – vii

Ramai netizen berpendapat supaya ayam itu harus dibawa ke makmal untuk diperiksa kerana ia melibatkan kesihatan dan kebersiha yang dimakan pelanggan.

“Kakak itu ayam jangan dibuang. Kalau boleh, kakak ke lab minta untuk periksa. Kalau ketahuan daging tikus kakak tuntut penjualnya,” kata salah seorang netizen.

“Kata Penjual, Itu Usus Ayam, Tapi Ramai Suruh Hati-Hati”

ayam crispy

Melalui kisah ini, ia boleh diambil pengajaran kepada peniaga untuk membersihkan dan membuang bahagaian ayam yang tidak diperlukan. Hal ini mungkin akan menimbulkan keraguan seperti kisah ini.

Dan untuk pembeli, seperti yang dinyatakan oleh gadis berkenaan, ia menjadi pengajaran untuk lebih teliti dalam membeli.

Ada ke pengalaman dapat ayam macam ni? Korang rasa macam mana?

Sumber: Vii

Baca juga: Wanita Ini Ketagih Makan Beras Mentah Masa Hamil, Para Ibu Kongsi Kisah ‘Pelik’ Tapi Benar Mengidam, Ini Ceritanya..

tags: | |