Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Murid Tahun 1 Tebar Roti Canai 60 Keping Sehari, Banggakan Keluarga, Bangun Seawal Jam 4 Pagi

Murid Tahun 1 Tebar Roti Canai 60 Keping Sehari, Banggakan Keluarga, Bangun Seawal Jam 4 Pagi

Kategori:
murid tahun 1 tebar roti canai

Biasanya, penebar roti canai terdiri daripada orang-orang dewasa jika kita berkunjung ke kedai makan untuk menikmatinya. Jarang sekali melihat anak muda belasan tahun yang pandai dan mahir dalam bidang ini.

Tambahan lagi, sekarang ini memang ada isu kekurangan penebar roti canai walau penjualan roti canai sedang tinggi di pasaran atas sebab faktor tertentu.

Tetapi, hal ini berbeza dengan kebolehan dan kepandaian seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tunjong, Kangar, Perlis, Yusra Asna Ruslin dalam membantu ibu bapa dia di gerai roti canai.

Murid Tahun 1 Tebar Roti Canai 60 Keping Sehari, Banggakan Keluarga, Bangun Seawal Jam 4 Pagi

murid tahun 1 tebar roti canai

Kebolehannya menebar roti canai sehingga 50 hingga 60 keping roti canai sehari di umur cilik telah mendapat perhatian pelbagai pihak selepas tular di media sosial, baru-baru ini.

Dia bukan sahaja rajin dan sanggup bangun seawal jam 4 pagi sepanjang cuti persekolahan yang lalu, tetapi kepandaian dan bakat menebar roti canai itu adalah sebab kenapa ia tular.

Menurut Sinar Bestari, Yusra Asna belajar menebar roti canai daripada ibu bapanya, Ruslin Meli dan Yuwita Shuib kira-kira 3 bulan lalu.

“Saya memang minat tebar roti canai sebab selalu lihat ayah dan mak buat roti canai di kedai makan kami.

“Sebab itu saya belajar daripada mereka dan akhirnya mampu menebar puluhan roti canai sehari,” katanya yang memasak impian membuka restoran makanan apabila dewesa kelak.

Anak ketiga daripada 4 beradik itu berkata, proses menebar roti canai agak sukar, tetapi lama kelamaan ia menjadi mudah.

“Ia ada beberapa peringkat dalam proses menebar roti canai ini. Saya ikut satu persatu apa yang diajar oleh ayah dan ibu, akhirnya saya dapat buat,” ujarnya.

Sementara itu, bapanya, Ruslin berkata, Yusra Ana merupakan seorang anak perempuan yang suka belajar dan mudah faham dengan apa yang diajar.

“Di awal-awal dulu, banyak juga roti canai yang rosak. Namun lama kelamaan Yusra Ana mempu menebar dengan sempurna,” jelasnya menjelaskan kisah anaknya yang tular tentang murid tahun 1 tebar roti canai tersebut.

Yusra Anak Yang Cepat Belajar, Kata Bapanya

murid tahun 1 tebar roti canai

Kedai makan keluarga Yusra Ana dibuka seawal pukul 5.30 sehingga 11 pagi. Kedainya dikunjungi orang ramai lebih daripada biasa sejak Jumaat lalu. Ia selepas video Yusra Asna menebar roti canai dikongsi dalam Faceboonya tular.

Selain masyarakat setempat, guru sekolah dan rakan-rakan Yusra Ana juga tidak ketinggalan menikmati roti canai dan memberi sokongan kepada murid berkenaan.

Menambah kemeriahan, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlam Man turut singgah di kedai makan tersebut.

Beliau menikmati roti canai yang ditebar Yusra Asna dan berkata, Yusra Ana mampu menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang makanan.

“Dengan pendedahan dalam dunia perniagaan oleh ibu bapanya sejak dari kecil lagi, saya yakin bahawa dia akan berjaya dalam bidang yang diminatinya itu”katanya.

Menteri Pun Singgah Makan, Cakap Adik Yusra Bakal Jadi Usahawan Berjaya

murid tahun 1 tebar roti canai

Melalui kisah murid tahun 1 tebar roti canai ni, memang terbukti hebat betul adik Yusra ni kan. Semoga bakat yang diberi perhatian ramai ini akan membuatkan adik Yusra lebih maju jaya pada masa hadapan.

Sumber: Sinar Bestari

Baca juga: Ayam Crispy Ada Ekor Binatang Lain, Gadis Ini Tak Lalu Nak Makan, Tapi Ini Pula Kata Peniaga..

tags: | |