Jenama frozen yogurt kegemaran rakyat Malaysia llaollao kini melancarkan kedai flagship terbesar dunia di Pavillion, Kuala Lumpur sambil menawarkan menu unik serta pilihan topping yang cukup bervariasi.
Menurut Tan Kai Young selaku Pengarah Woodpeckers Group Sdn Bhd iaitu pemilik jenama llaollao Malaysia, llaollao akan terus komited dalam menyediakan produk berkualiti tinggi untuk pelanggan setia mereka.
“Di llaollao, kepuasan dan kebahagiaan pelanggan kami sentiasa diutamakan. Selepas bertahun-tahun menyajikan kepada rakyat Malaysia sejak 2015, kami yakin bahawa kami mahu mengembangkan lagi jejak kami di Malaysia dengan melancarkan kedai flagship terbesar dunia di salah satu destinasi membeli-belah ikonik di Malaysia.
Memilih bandar raya Kuala Lumpur sebagai lokasi kedai flagship, llaollao Pavillion bakal menawarkan pengalaman yang lebih ekslusif buat semua pelanggan menikmati yogurt beku sihat kegemaran mereka.
“Kami sentiasa berpegang erat pada visi kami untuk menjadikan yogurt kami sebagai produk yang diterima secara meluas dengan memberikan manfaat kesihatan yang baik.
“Di samping itu, kami ingin menjadikan rasa froyo rasa yang tersendiri, iaitu satu perisa luar biasa yang dicipta oleh produk kami secara unik untuk diserasikan dengan selera semua dengan pelbagai kombinasi yang tidak dapat ditemui di tempat lain,” katanya dalam kenyataan sempena pelancaran kedai flagship itu.
Menurut Tan Kai Young, llaollao juga menyasarkan pembukaan 20 cawangan di seluruh Malaysia menjelang akhir 2022.
“Sempena penambahan kedai-kedai baharu yang akan beroperasi di Malaysia, kami akan menganjurkan lebih banyak promosi dan koleksi produk yang inovatif supaya rakyat Malaysia dapat menghayati rasa jenama froyo kegemaran mereka,” katanya.
Kedai flagship llaollao ini turut menawarkan 4 menu terbaru untuk penggemar setia froyo iaitu :
Pelanggan yang berkunjung ke kedai flagship ini pada hari pelancarannya juga berpeluang untuk nikmati diskaun sebanyak 15% bagi produk terpilih semasa pendaftaran di MyllaollaoClub.
Walaupun baru diperkenalkan, namun menu terbaru yang serba menarik ini sudah pun menjadi buah mulut warganet terutamanya llaollao brioche yang dikatakan sangat unik dan enak dinikmati ketika panas. Lain daripada yang lain!
Bagi yang berada di sekitar Kuala Lumpur, jangan lepaskan peluang untuk nikmati frozen yogurt kegemaran anda kedai flagship llaollao terbesar dunia di Pavillion. Pelbagai menu unik dan luarbiasa sedia menanti semua penggemar llaollao!
Sumber : Utusan , TikTok @onlyfoodkl