Akhir-akhir ini, kes bergaduh di media sosial memang kerap berlaku. Ada yang bergaduh di tepi jalan, kedai makan dan tempat-tempat lain. Ia adalah isu yang membimbangkan lagi-lagi apabila boleh menyebabkan ketenteraman orang awam sekali tergugat.
Terbaharu, menurut akhbar Sinar Harian pada hari ini, polis memburu dua kumpulan lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan menggunakan senjata berbahaya. Ia berlaku di luar sebuah kedai makan di Kuala Ibai, Terengganu pada malam Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim MD Din berkata, pergaduhan melibatkan 15 hingga 20 individu di luar premis milik seorang wanita itu dipercayai berlaku kerana perselisihan faham berhubung isu parkir.
“Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu menerima maklumat berkenaan kejadian bergaduh menggunakan senjata di luar premis kedai makan di Kuala Ibai pada jam 9 malam Khamis lalu.
“Susulan itu, pihak polis ke lokasi kejadian dan mendapati semua suspek telah melarikan diri,”katanya dalam kennyataan sini pada Sabtu.
Beliau berkata, seramai lapan suspek telah ditahan dalam operasi yang dijalankan sehingga petang Jumaat. Usaha mengesan beberapa suspek lain sedang giat dijalankan.
“Siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku antara seorang lelaki yang merupakan seorang oenyewa sewa rumah dengan seorang pengawal keselamatan di kawasan perumahan itu.
“Ia dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berhubung isu parkir kenderaan yang berlaku pada hari kejadian,,”katanya dalam kejadian merusuh di kedai makan berkenaan.
Beliau juga memaklumkan, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Aduh, seram betul tengok video tu. Semakin menjadi sekarang ni sampai merusuh di kedai makan orang. Kesian dekat pemilik dann pelanggan kedai makan yang kena tanggung trauma lihat kejadian depan mata macam tu. Habis meja dan kedai makan tu rosak. Semoga semua dipermudahkan harapnya.
Sumber: Sinar Harian