Kek pisang merupakan pencuci mulut yang sangat mudah untuk disediakan. Tidak memerlukan bahan yang banyak dan mengambil masa yang lama, ramai yang lebih gemar membuat kek ini.
Bahkan pelbagai jenis kek pisang yang kita boleh sediakan sama ada kek pisang berperisa coklat atau pun biasa. Namun kedua-dua pisang ini sangat enak dan melazatkan. Namun tak ramai yang boleh menyediakan kek pisang yang gebu dan menjadi.
Apabila kek tidak gebu, rasanya juga akan kurang sedap. Jadi apa kata kita ikuti cara yang dikongsikan oleh Qasih Jue Aisya ini. Cara yang dikongsikan sangat mudah dan mampu menjadikan kek korang gebu dan sedap!
Bahan A:
* Ayak semua bahan diatas *
Bahan B:
Mudah sahaja kan nak hasilkan kek pisang yang gebu dan sedap ini? Sekali buat, pasti korang akan jatuh cinta akan hidangan yang mudah dan sedap ini. Bukan setakat anda, anak-anak pun minta untuk dibuatkan berkali-kali.
Berkenaan dengan pisang ini, pasti ramai juga dalam kalangan kita yang tidak mengetahui cara yang khusus untuk menyimpan buah pisang ini agar kekal elok. Tidak lebam dan buruk dengan cepat. Jadi jom kita ikuti perkongsian di bawah ini.
1. Asingkan Buah Yang Dah Masak Dan Belum Masak
Tak kiralah sama ada anda beli setandan atau sesisir pisang, anda perlulah pilih pisang dan asingkan buah yang dah masak dan yang belum masak. Dengan cara ini, pisang akan tahan lebih lama. Jadi, anda tak perlulah habiskan semua pisang dalam masa yang singkat.
2. Basuh Pisang Dengan Air Bersih
Untuk percepatkan proses kematangan pisang, kebanyakan peniaga akan menyembur sejenis bahan kimia. Jadi, basuhlah pisang yang anda beli dengan air bersih supaya dapat mengelakkan kita daripada termakan bahan kimia dan mencegah pisang supaya masak lebih cepat.
3. Balut Tangkai Pisang Dengan Aluminium
Satu lagi petua yang sering digunakan bagi mengekalkan kesegaran pisang adalah dengan membalut tangkai pisang menggunakan kertas atau kertas aluminium. Kemudian, simpankan pisang di tempat yang mempunyai ruang pengudaraan yang baik.
Selain itu, anda juga boleh gantungkan pisang dalam keadaan tangkai ke atas bagi mengurangkan bintik-bintik pada pisang.
4. Jangan Simpan Pisang Bersama Epal
Elakkan simpan pisang bersama epal. Sebenarnya, epal akan membebaskan ‘ether’, sejenis bahan kimia yang boleh membuatkan pisang masak dengan lebih cepat.
5. Elakkan Menghentak Pisang
Untuk mengelakkan pisang cepat busuk, anda perlulah elakkan menghentak pisang atau letaknya dengan kasar. Jangan tindih dan letakkannya dengan perlahan kerana hentakan yang kuat boleh menyebabkan kulit pisang menjadi cepat gelap atau lebam. Isinya pula akan jadi cepat lembik.