Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Dia Wanita Hebat..”, Rider Grab Food Menangis Dapat Kata-Kata Semangat Dari Pekerja Kedai Makan

“Dia Wanita Hebat..”, Rider Grab Food Menangis Dapat Kata-Kata Semangat Dari Pekerja Kedai Makan

Kategori:
rider Grab Food

Bekerja sebagai penghantar makanan sudah menjadi satu pekerjaan yang popular bukan sahaja di Malaysia. Malah, di negara-negata lain seperti Thailand dan juga Indonesia.

Ia bukanlah satu pekerjaan yang mudah dan senang. Pelbagai keadaan pahit manis harus ditelan apabila berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu dan kerenah orang ramai. Terkadang, hal-hal yang tidak terduga terjadi begitu sahaja. Oleh itu, hanya kesabaran yang dapat menahan diri untuk terus bekerja.

“Dia Wanita Hebat..”, Rider Grab Food Menangis Dapat Kata-Kata Semangat Dari Pekerja Kedai Makan

Terbaharu, sebuah video yang menyentuh hati berkenaan kisah seorang rider Grab Food wanita mendapat perhatian netizen. Sesiapa sahaja pasti akan sebak melihat reaksi rider Grab Food melalui perkongsian video itu.

rider Grab Food

Video yang telah dimuatnaik oleh pekerja kedai makan bernama Kasir Crisbar di laman TikTok menceritakan tentang seorang rider Grab Food menangis apabila membaca kata-kata semangat dari pekerja kedai makan terbabit.

Di awal video, terlihat rider Grab Food tersebut sedang menunggu pesanan untuk dihantar kepada pelanggannya di sebuah kedai makan. Sambil dia menunggu, pekerja kedai makan memberi air bersama kata-kata semangat yang ditulis di atas sekeping kertas kecil.

“Untuk pejuang masa depan, kamu hebat! kamu kuat! kamu layak dicintai! semua akan baik-baik saja. Semangat ya kak,” tulis pekerja kedai makan terbabit memberi semangat kepada rider Grab Food itu.

Apabila membacanya, kelihatan riak wajahnya bertukar kesedihan. Mungkin di saat itu, dia sememangnya memerlukan kata-kata semangat sebegitu bagi menghadapi hari-hari yang terasa berat.

Tidak lama membacanya, rider Grab Food berkenaan menangis dan mengelap air mata. Dia seperti menganggung sendirian danberkata kepada diri sendiri, ‘semua akan baik-baik saja’ dan akan melawan segala kesusahan dengan menjadi orang kuat dan tabah.

rider Grab Food

@kasircrisbar Kamu layak dicintai dan semua akan baik baik saja ❤️ #fyp #fypシ #kasircrisbar #crisbar #pejuangmasadepan #pejuangrupiah ♬ Day & Night(『スタートアップ: 夢の扉』より) – Piano Ver. – Piano Echoes

“Semua Akan Baik-Baik Saja”

Melihat kepada ruangan komen, ramai yang turut sebak dengan video itu. Netizen juga memberi kata-kata semangat supaya semua turut bertahan dan percaya bahawa apabila hujan mula reda, Tuhan akan memberi kita pelangi.

rider Grab Food

“Percayalah, dia wanita hebat, dia tak akan mudah runtuh walau terkadang menghadapi kerasnya kenyataan. Dia adalah wanita sangat pantas untuk dicintai,” komen seorang netizen.

Selain itu juga, netizen lain juga turut memberi komen bahawa kebaikan kecil yang dibawa oleh pekerja kedai makan mampu membakar semangat jiwa yang sedang lelah.

“Jangan pernah lelah untuk selalu berbuat baik dan memberikan semangat, kerana ia merupakan pahal bagi kita,”tulis netizen bernama Matnur.

“Jangan Pernah Berhenti Buat Baik”

rider Grab Food

Terdahulu, Daily Makan juga ada menyiarkan kisah yang hampir serupa bagi berkongsi rasa demi menguatkan semangat masing-masing. Boleh dibaca ketika sesiapa sahaja memerlukan semangat.

Melalui kisah seperti ini, benarlah bahawa sekecil-kecil kebaikan mampu menyelamatkan jiwa orang lain. Sentiasalah berbuat baik. Semoga Tuhan mempermudahkan kita semua dalam mencari rezeki.

Sumber: Kasir Crisbar

Baca juga: Berebut Parkir Kenderaan Sampai Gaduh Guna Senjata Bahaya, Polis Buru 2 Kumpulan Lelaki Merusuh Di Kedai Makan

tags: | | |