Kepada sesiapa yang mahu tanam cili dan kebetulan memang ada cili kering dekat rumah, perkongsian kali ini memang tepat untuk anda.
Mungkin anda teragak adakah cara ini berkesan atau tidak kan sebab guna biji cili kering, tetapi ia ternayat elok hidup subur dan cara ini memang sudah dicuba orang.
Bagi yang nak cuba cara ini, mari kita ikut perkongsian daripada Sue Haiza ini.
Tanam cili daripada biji benih dari cili kering boleh ke? Jawapannya memang boleh dan InsyaAllah subur dan berbuah elok seperti pokok cili dari biji benih yang lain. Saya dah cuba dan 5-6 pokok yang berbuah lebat.
Bagi yang belum tahu dan ingin mencuba untuk bercucuk tanam, boleh cuba. Tak perlu beli biji benih dan lagi senang tanam sebab cili kering dah matang dan bijinya kering. InsyaAllah, kita akan dapat kutip hasilnya.
Info Tambahan: Hasil cili dari benih cili kering ini kurang pedas dan saiznya agak kecil dari induk.
Semoga perkongsian tanaman biji cili kering ini bermanfaat buat semua. Tak perlu risau lagi pasal cili, boleh petik je nanti dari pokok!
Sumber: Sue Haiza