Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kreatif Teruk Ni..” Ramai Terinspirasi Tengok Hantaran Kahwin Guna Barangan Dapur, Boleh Jimat Banyak Ni

“Kreatif Teruk Ni..” Ramai Terinspirasi Tengok Hantaran Kahwin Guna Barangan Dapur, Boleh Jimat Banyak Ni

Kategori:
idea hantaran kahwin guna barang dapur

Selain pakaian pengantin dan pelamin, hantaran kahwin juga merupakan antara satu keperluan yang wajib ada. Tidak lengkap rasanya majlis perkahwinan jika tiada barang hantaran ini. Walaupun ia bukan kewajipan dalam Islam, namun ia sudah menjadi adat pada hari ini.

Setiap pasangan pastinya akan ada pilihannya yang tersendiri, apa barangan yang diletakkan di atas dulang dan bagaimana gubahannya. Antara barangan yang biasa dijadikan hantaran adalah kek, sejadah, telekung, Al-Quran, coklat, jam tangan dan alat solet.

Namun begitu, ramai juga dalam kalangan kita pada hari ini sudah terbuka fikiran mereka. Di mana ada yang mula menjadikan peralatan dapur sebagai barang hantaran. Tidak ramai yang buat sebegini, namun ada.

Hantaran Kahwin Guna Barangan Dapur, Ramai Terinspirasi

Malah terbaharu, seperti mana yang dikongsikan oleh SewaHantaranpenang menerusi aplikasi TikTok. Video tersebut memaparkan gubahan barang hantaran kahwin dengan menggunakan barangan atau bahan dapur sahaja.

Menurutnya, hantaran kahwin tersebut diminta sendiri oleh pelanggannya dan pihaknya hanyalah ditugaskan untuk membungkus atau menghias sahaja. Menerusi video tersebut, dapat dilihat terdapat sunlight, milo, horlick, susu pekat, nescafe, maggi, sos prego dan juga pelembut pakaian.

Walaupun begitu, barangan tersebut dibungkus dengan kain dan dihias, memang trend zaman sekarang. Jadi tiada masalah jika bimbang atau takut orang mengata memandangkan barangan tersebut tidak kelihatan.

Ekoran video itu, ramai dalam kalangan penonton terinspirasi dan ingin menjadikan bahan dapur sebagai barang hantaran sewaktu perkahwinan mereka nanti. Bukan sahaja menjimatkan, namun barangan tersebut boleh digunakan selepas berkahwin nanti.

@drsdulang.hantaran

Ikut bajet hantaran hampa, kami tukang balut ja. Yang penting balut cantik, biaq pi org nk mengata ponnn. Perut kenyang hati senang😍#hiddenhantaran #sewahantaran #hantaranpenang #sewadulangpenang #hiddenhantarancantik #hiddenhantaranmurah

♬ original sound – afiffsola👀 – afiffsola

@drsdulang.hantaran Ikut bajet hantaran hampa, kami tukang balut ja. Yang penting balut cantik, biaq pi org nk mengata ponnn. Perut kenyang hati senang😍#hiddenhantaran #sewahantaran #hantaranpenang #sewadulangpenang #hiddenhantarancantik #hiddenhantaranmurah ♬ original sound – afiffsola👀

Benda ni memang berguna..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Bukan sahaja ramai yang terinpirasi namun ada juga yang menulis, benda ni memang berguna memandangan barangan semakin naik harga sekarang.

Nak buat hidden hantaran tapi parent tak kasi..

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan, dia nak buat hantaran tersembunyi namun orang tuanya tidak membenarkan. Dalam masa yang sama, ada juga  yang menyatakan cara tersebut kreatif dan ada yang berseloroh, nanti jodoh dah ada dia akan datang balik.

 

Jimat pun jimat kan? Memandangkan barangan sekarang bukanlah murah. Jadi bagi korang yang tengah sediakan barang hantaran kahwin, mungkin boleh gunakan idea ini. Jimat, kreatif dan cantik!

Bila buat hantaran macam ni, makcik pakcik pun tak boleh membawang. Tak payah nak hiraukan apa orang kata. Kita yang kahwin, pakai duit kita dan ikut suka hati kita nak buat apa kan? Kami doakan semoga urusan korang ke arah perhubungan yang lebih baik dipermudahkan.

Sumber: TikTok SewaHantaranpenang

Baca juga: “Ikan Toman Tu..” Pramugara Temui Kepala Ular Dalam Hidangan Buat Ramai Kembang Tekak

tags: | |