Makan di kedai adalah satu kebiasaan bagi mereka yang bekerja di luar. Jika pihak syarikat tidak menyediakan kantin atau pun cafe, pekerja syarikat tersebut pasti akan keluar mencari makanan di luar.
Malah ada juga yang lebih selesa menikmati hidangan di kedai makan sahaja berbanding keluar membeli dan tapau serta makan di pejabat. Malah bukan sahaja waktu bekerja, waktu biasa juga pasti akan ada yang lebih selesa makan di kedai.
Memandangkan makan di luar adalah lebih mudah berbanding memasak di rumah. Lebih-lebih lagi jika tinggal seorang atau berdua sahaja. Walaupun begitu, setiap kali ke kedai makan pasti akan ada di antara korang yang melalui pengalaman yang melucukan, menyedihkan serta menyeramkan, bukan?
Seperti mana pengalaman agak menyeramkan yang dikongsikan oleh azmi_anisa menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan dirinya yang terkejut apabila terpandang sesuatu di dapur kedai makan yang dikunjungi itu.
Sewaktu di meja makan, dia tiba-tiba melihat susuk tubuh yang mengejutkan. Mungkin pada awalnya Azmi menyangkakan susuk tersebut adalah hantu. Namun sangkaannya salah kerana susuk tubuh tersebut adalah manusia yang memakai bedak sejuk di mukanya.
Mungkin bekerja sebagai tukang masak atau pun pembantu kedai memandangkan dia menghulurkan makanan kepada pembantu kedai untuk dihantar makanan kepada pelanggan.
Azmi juga sempat menulis di ruangan caption meminta agar video tersebut tidak sampai kepada pemilliknya dan sempat juga meminta maaf kepada akak berkenaan.
@azmi_anisa harap xsampai kat owner.mntk ampun kak..mmg tekejut 🙏😬
@azmi_anisaharap xsampai kat owner.mntk ampun kak..mmg tekejut 🙏😬♬ original sound – azmianis_
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang menulis, nasib baik waktu siang kalau malam dah berterabur nasi goreng.
Tidak kurang juga ada yang mengaitkannya dengan Ryan Bakery. Ada juga yang sempat meninggalkan komen menyatakan, dia suka pakai bedak sejuk siang hari. Tapi bila J&T hantar barang, jenuh dia nak lilit muka dengan kain tuala. Bimbang abang J&T terkejut.
Dalam masa yang sama, ada juga yang berseloroh, sejukkan muka maklumlah kat dapur panas kan. Namun dijawab oleh Azmi, kalau malam-malam macam ni seram. Ada juga yang sempat bertanya, kalau akak tu yang hantar pesanan apa jadi? Mahu berterabur nasi kan.
Sesiapa pun boleh terkejut apabila berhadapan dengan situasi sebegini di depan mata. Lebih-lebih lagi jika makan di kedai yang tidak pernah dikunjungi. Nasib juga kejadian tersebut berlaku di siang hari, kalau waktu malam terus pulang ke rumah agaknya ya.
Walaubagaimanapun, korang janganlah mengecam akak ini. Mungkin dia mempunyai sebabnya yang tersendiri yang menyebabkan dia memakai bedak sejuk di siang hari.
Sumber: TikTok azmi_anisa