Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tengok Kawan Makan Dekat Kantin, Dorang Pun Nak Tapi Takda Duit,” Tindakan Guru Ini Buat Ramai Sebak..

“Tengok Kawan Makan Dekat Kantin, Dorang Pun Nak Tapi Takda Duit,” Tindakan Guru Ini Buat Ramai Sebak..

Kategori:
tindakan guru

Dalam kemerosoton ekonomi sekarang, ramai sedang bergelut dengan kehidupan untuk terus menghadapi kehidupan hari demi hari. Faktor utama adalah keperluan duit untuk menyara keperluan harian.

Tidak terkecuali, anak-anak yang berada di bangku sekolah. Segelintir murid yang tidak berkemampuan dari segi kewangan mempunyai cabaran masing-masing. Ada yang tidak cukup duit untuk makan, ada juga yang tidak boleh menelefon ibu bapa kerana ingin berjimat duit syiling dan sebagainya.

“Tengok Kawan Makan Dekat Kantin, Dorang Pun Nak Tapi Takda Duit,” Tindakan Guru Ini Buat Ramai Sebak..

tindakan guru

Ini adalah hal yang benar dan harus dititikberatkan bersama. Bercakap berkenaan hal itu, satu perkongsian oleh seorang guru bernama Muhammad Yusof yang juga merupakan seorang warden menyentuh hati netizen.

Dia berkata, tidak semua muridnya yang tinggal di asrama orang senang. Ramai yang ibu bapanya terdiri dalam golongan susah. Duduk asrama ni makan bayar seringgit sahaja sehari untuk 5 kali makan. Mana nak dapat harga macam tu kalau makan dekat luar,” luahnya dalam satu hantaran di Facebook, baru-baru ini.

“Kadang ada di kalangan dorang tak ada duit syilling nak telefon atau kadang ada antara dorang yang terputus sumber duit. Tengok kawan-kawan makan dekat kantin sekolah, dorang pun teringin nak makan tapi takda duit.

“Maka, saya ada buat ‘dana wakaf’ untuk dorang. Caranya saya masukkan duit seringgit. Seringgit dan duit syiling dalam bekas, lepas tu mana-mana murid yang nak ambil, saya bagi ambil je berapa orang nak ambil. Saya cukup risau kalau murid asrama saya kelaparan,”kata guru tersebut menceritakan berkenaan kisah dana wakaf.

Wujudkan ‘Dana Wakaf’ Bantu Murid Yang Memerlukan

tindakan guru

Dia juga menambah bahawa sikap yang ditunjukkan anak muridnya yang mengambil duit daripada tabung dana wakaf berkenaan sangat menyentuh hati.

“Dan yang bagusnya budak-budak saya ini, dorang ambil berapa yang dorang rasa perlu je, walaupun saya tak pernah pesan apa-apa dekat dorang. Pernah saya tanya, kenapa awak tak ambil lebih. Murid tu jawab, ‘saya ingat dekat kawan-kawan saya juga cikgu’, biar sama-sama rasa’,” ceritanya panjang.

Murid Ambil Yang Perlu Sahaja, Mahu Sama-Sama Rasa

Katanya, dia berkongsi kisah ini bukanlah untuk memberitahu bahawa dia adalah cikgu yang terbaik ke apa. Cuma sekadar berkongsi tentang macam mana untuk bersama-sama nak bantu anak murid yang susah.

“Kesusahan is real tuan-tuan dan puan-puan. Kalau ada manfaatnya, kita sama-sama kongsi ya. Moga idea untuk membantu sesama manusia ni kita suburkan, tak kira siapa pun kita,” luahnya lagi.

Melihat ruangan komen, ramai netizen tersentuh hati dengan perkongsian guru terbabit dan memberi pandangan tentang idea membantu murid susah.

“Sekolah saya sedikan rakban (rak bantuan). Guru-guru boleh letak makanan di situ pada waktu rehat. Murid yang tak ada duit atau tertinggal duit belanja, boleh ambil makanan di situ,” kata seorang netizen bernama Noor Hafiza Isa berkongsi cerita berkenaan tindakan guru tersebut.

Ada Sekolah Sedikan Rak Bantuan Untuk Murid Memerlukan

tindakan guru

Melalui kisah tindakan guru menyediakan dana wakaf ini, kita boleh konklusikan ia sebagai satu cadangan yang boleh dicontohi bagi membantu pelajar kesusahan. Dalam dunia yang serba kekurangan ini, manusia perlu suburkan sifat empati, bukan hanya simpati. Semoga kiita semua sentiasa berada bawah lindungan Tuhan.

Sumber: Muhammad Yusof

Baca juga: Cecah Jualan RM14 Juta Jual Sambal Nyet, Khairulaming Buka Kilang Di Kelantan, Beri Peluang Pekerjaan Di Negeri Kelahiran

tags: | | |