Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tetamu Balik Senyum Sampai Telinga..” Dapat Doorgift Maggi, Ramai Puji Ia Idea Bernas

“Tetamu Balik Senyum Sampai Telinga..” Dapat Doorgift Maggi, Ramai Puji Ia Idea Bernas

Kategori:
tuan rumah beri doorgift maggi

Di setiap majlis perkahwinan, pasti tuan rumah akan menyediakan doorgift atau pun buah tangan. Ia sudah menjadi adab dan amalan sejak dari zaman dahulu lagi.

Apa yang membezakan adalah doorgift yang diberikan, jika zaman dahulu, kebanyakan dari tuan rumah akan memberi telur rebus dan coklat sebagai buah tangan. Namun sangat berbeza dengan zaman sekarang, kerana ada yang memberikan beras, kicap, roti, mee dan lain-lain.

Bab kata orang, doorgift zaman sekarang sudah dinaiktaraf. Mungkin masih ada lagi segelintir masyarakat yang masih mengekalkan tradisi lama dengan memberikan telur rebus kepada tetamu.

Namun tidak menjadi masalah pun jika diberikan makanan seperti mee, kicap, roti dan sebagainya. Malah sebagai tetamu, mereka lebih suka jika mendapat makanan seperti itu. Dan akan lebih bahagia lagi apabila dapat mi segera kegemaran rakyat Malaysia.

Tetamu Dapat Doorgift Maggi, Ramai Puji Idea Bernas

Seperti mana yang dikongsikan oleh amira.zamhuri menerusi aplikasi TikTok mengenai tuan rumah yang mengadakan majlis perkahwinan dan memberikan doorgift Maggi.

Mungkin jarang melihat doorgift sedemikian rupa, namun idea tersebut cukup bernas. Bahkan ramai yang memuji dan gembira dapat buah tangan tersebut. Cuba fikir sejenak, jika satu keluarga yang hadir dan setiap ahli keluarga dapat, pastinya boleh buat stok.

Memandangkan sekarang ini Maggi pun sudah naik harga, memang ia adalah antara pilihan yang terbaik. Menerusi video tersebut, dapat dilihat tuan rumah mengambil sebungkus maggi lalu diberikan kepada tetamu yang datang.

Terdapat tiga kotak Maggi di depannya, mungkin banyak lagi kotak yang tersimpan memandangkan tuan rumah memberikan sebungkus seorang.

@mira.burger

Kalau 1 rumah datang, sorang 1 dapat, fuhhh boleh buat stock #pengantinbaru #sanding #tiktokmalaysia #wedding

♬ Selamat Pengantin Baru – Pengantin

@amira.zamhuri Kalau 1 rumah datang, sorang 1 dapat, fuhhh boleh buat stock #pengantinbaru #sanding #tiktokmalaysia #wedding ♬ Selamat Pengantin Baru – Pengantin

Bila dimakan jadi darah, selagi tula pahala mengalir..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok. Bukan sahaja ramai yang teruja akan doorgift tersebut namun ada juga yang menulis, “cukup menarik. Pertama kali melihat begini. Semoga pengantin dan keluarga di dalam rahmat Alah”.

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan, bagi Maggi sedap dimakan. Apabila dimakan jadi darah, selagi tula pahala mengalir.

Semalam dapat beras basmathi..

Dalam masa yang sama, ada juga yang berseloroh menyatakan dia tidak dijemput dan ada juga yang sempat berkongsi, dapat beras basmathi. Balik dari majlis terus masak.

Doorgift Maggi memang jarang dibuat orang. Mungkin selepas ini bolehlah pengantin atau tuan rumah mengambil idea ini. Bukankah lebih baik jika kita memberikan makanan yang berguna kepada tetamu berbanding memberikan barangan namun tidak tahu apakah kegunaannya.

Lebih-lebih lagi, jika diberikan makanan kepada tetamu, bukankah sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan beban mereka yang kurang pendapatan.

Sumber: TikTok amira.zamhuri

Baca juga: “10 Minit Pertama Kau Buang Sayur Je..” Wanita Gigih Asingkan Taugeh Sebelum Makan, Si Adik Pula Sabar Menunggu

tags: | |