Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Masak Kari Ikan Pakai Rempah Campur, Memang Terbukti Lagi Sedap Dan Pekat!

Resepi Masak Kari Ikan Pakai Rempah Campur, Memang Terbukti Lagi Sedap Dan Pekat!

Kategori: ,
kari ikan pakai rempah campur

Sesiapa peminat kari? Hidangan kari memang sedap kan jika dimasak dengan lauk apa pun. Untuk perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi resepi kari ikan yang dikongsi oleh Nazri Mat Zain atau llebih dikenali dengan gelaran Chef Papa.

Katanya, kari ini tidak sama dengan kari yang lain. Ia lebih sedap dan pekat menggunakan rempah campur.

“Semua orang boleh masak kari, tapi mungkin cara kita tak sama.”

Jom kita rujuk resepi kari ikan pakai rempah campur ini dan rasai sendiri kelainannya.

Resepi Masak Kari Ikan Pakai Rempah Campur, Memang Terbukti Lagi Sedap Dan Pekat!

Bahan-Bahan:

  • Ikan tenggiri 6 ketul (tak kisah ikan apa pun sebenarnya)
  • Serbuk Kari Ikan Baba 2 sudu besar
  • Serbuk Kari Daging 2 sudu besar
  • Serbuk Cili Baba 2 sudu besar
  • bawang merah 5 biji
  • bawang putih 4 atau 5 ulas
  • halba campur 1 sudu besar (halba, biji sawi, jintan manis, jintan putih)
  • daun kari 2 atau 3 tangkai
  • Santan Kara 1 kotak kecil
  • minyak masak 2 senduk (agak-agak lah ya)

Cara Penyediaan:

  1. Bawang merah dan bawang putih dimayang. Ketepikan.
  2. Rempah ikan, rempah daging dan serbuk cili disatukan dan bancuh air, ketepikan.
  3. Panaskan minyak dan tumis sekejap halba campur. Naik wangi, masukkan bawang yanng dimayang.
  4. Bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah yang dibancuh, daun kari dan masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan santan dan sedikit air.
  6. Masukkan air asam jawa.
  7. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  8. Bila kuah dah didih, masukkan ikan.
  9. Dan masak hingga betul-betul ikan tu masak.
  10. Kuah tu nak pekat, pandai-pandai adjust lah.
  11. Masukkan bendi atau tomato buah atau cili hijau jika perlu.
  12. Siap!

kari ikan pakai rempah campur kari ikan pakai rempah campur kari ikan pakai rempah campur

Dah siap kari ikan pakai remoah campur ni. Sesiapa yang tak pernah campur, boleh lah try dan rasa sendiri kenikmatannya.

Selamat mencuba semua, semoga perkongsian ini bermanfaat.

Sumber: Nazri Mat Zain

Baca juga: Resepi Kuih Pukis Makanan Tradisional Indonesia, Hadir Dalam Pelbagai Perisa, Jom Cuba!

tags: | |