Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Si Lelaki Hanya Belanja Aiskrim McD Waktu Dating, Gadis Ini Buntu Nak Reject Atau Block

Si Lelaki Hanya Belanja Aiskrim McD Waktu Dating, Gadis Ini Buntu Nak Reject Atau Block

Kategori:

Setiap insan yang normal pastinya memiliki perasaan untuk hidup berpasangan. Tidak kira sama ada lelaki atau pun wanita. Saat mereka merasakan sudah tiba masanya untuk berkahwin, mereka akan cuba mencari dan mengenali seseorang.

Fasa mencari seseorang yang berkenang di hati bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap orang memiliki pasangan idamannya yang tersendiri. Sama ada inginkan pasangan yang putih, hitam, tinggi, montel atau pun kaya raya.

Bagi mereka yang baru mengenali pastinya akan ada perjumpaan kali pertama antara kedua-duanya. Tidak kira sama ada berjumpa di rumah atau pun berjumpa di luar.

Seringkali yang dilakukan oleh mereka yang baru mengenali adalah berjumpa di luar sama ada untuk membeli belah atau pun makan bersama. Pertemuan kali pertama inilah yang bakal menjadi jawapan, apakah pertemuan tersebut menjadi yang terakhir atau pun tidak.

Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang gadis (dirahsiakan namanya) menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan penemuan kali pertamanya bersama dengan seorang lelaki. Namun pertemuan tersebut membuatkan dirinya berasa keliru dan buntu.

Hanya Belanja Aiskrim McD Waktu Dating, Gadis Ini Buntu Nak Reject Atau Block

Gadis yang baru pertama kali keluar dating dengan lelaki berkenaan berasa keliru dan buntu sama ada hendak menolak atau pun menyekat WhatsApp lelaki tersebut. Hal tersebut dirasakan apabila lelaki berkenaan hanya belanja aiskrim Mcd yang berharga tidak sampai RM2 satu.

Sempat menulis di dalam video tersebut, “Pertama kali keluar dating. I ajak la pi Mall, sekali dia belanja ICE CREAM MCD yang harga tak sampai RM2”. Mungkin ada perkara atau benda lain yang diharapkan selain dari aiskrim McD sehingga membuatkan  gadis ini memuatnaik video sedemikian rupa.

Kena bersyukur dia ajak akak keluar..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video tersebut.  Namun rata-ratanya kelihatan meninggalkan komen yang meminta gadis ini supaya bersyukur. Walaupun tak dapat barangan atau makanan lain, tetaplah bersyukur kerana dia bawa keluar.

 

Cakap lain kali nak apa?

Tidak kurang juga ada yang menyatakan di ruangan komen, cakap lah lain kali nak apa, kami tidak faham. Namun dijawab oleh gadis ini, Starbuck ok dah. Dalam masa yang sama, ada juga yang menulis, kena pandang harta dulu ya baru nak terima atau pun tolak.

 

Mungkin juga gadis ini mahukan makanan dan barangan yang lebih mahal. Tidak menjadi masalah untuk gadis ini memilih pasangan hidup yang kaya raya dan mampu mengurniakan keinginannya, andaikata kehidupan sebelumnya memang sudah kaya raya dan mewah.

Namun kalau kehidupan gadis ini pada awalnya sudah biasa-biasa, kenapa nak mengharapkan lelaki yang kaya raya dan boleh memberikan segalanya? Bukankah lebih baik jika kita sendiri yang berusaha untuk mendapatkannya.

Berbalik kepada memilih pasangan hidup, ini tiada masalah sebenarnya, kerana diri kita sendiri yang akan duduk sebilik, tidur sebantal dengan pasangan. Namun akan menjadi masalah apabila kita terlalu memilih. Dah kenal satu, tak suka. Dah jumpa yang bertanggungjawab, baik hati serta putih pun ditolak atas sebab tak kaya?

Fikirkanlah yang terbaik kerana kaya bukanlah jaminan utama kehidupan rumahtangga kekal bahagia. Ada lagi beberapa faktor lain yang lebih utama.

Baca juga: MAHA 2022 Kurang Pengunjung, Peniaga Sedih Jualan Tak Laku. Ramai Cakap Harga Mahal

tags: | |