Air balang yang dijual di kedai dengan pelbagai perisa yang memukau memang menjadi pilihat masyarakat di sini. Selain harganya yang murah dan berbaloi, air balang memang sungguh sedap diminum ketika panas matahari menjamah diri menghillangkan kehausan.
Terbaharu mengenai berita air balang, Kosmo melaporkan berita berkenaan peniaga bancuh air balang menggunakan air paip tular di media sosial.
Menurutnya, tindakan seorang peniaga yang menjual air balang dengan menggunakan air paip di sebuah festival dipercayai di Kuching Sarawak baru-baru ini menimbulkan kegusaran orang ramai.
Ini kerana di negara Malaysia, penggunaan air paip tanpa dimasak terlebih dahulu dikhuatiri akan memberi risiko kepada kesihatan. Menerusi satu klip video di laman sosial monkeykingasia memaparkan tindakan berkenaan.
Berdasarkan video berdurasi lebih seminit itu, kelihatan peniaga tersebut pada mulanya meletakkan pewarna dan perisa minuman terlebih dahulu sebelum mencampurkannya bersama air paip.
Berikutan itu, rata-rata orang ramai ‘kembang tekak’ dan menyifatkannya sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawan. Namun, ramai juga netizen yang berkata itu adalah benda biasa yang memang sudah dilakukan oleh segelintir peniaga.
Misalnya, Ahmad Yaacob berkata bahawa memang wujud penggunaan air paip untuk membancuh air balang di kebanyakan kenduri di kampung.
“Kenduri dekat kampung pun guna air paip je tak ada yang batuk pun,”jelasnya memberi pandangan berkenaan air balang guna air paip.
Selain itu, netizen lain bernama Laila Razamalifaqihah juga turut memberi pandangan berkenaan hal itu.
“Tak kan korang tak tahu, jualan ni ada segelintir yang guna air masak atau air tapis tapi air tapis yang bayar seposen tu. Tak dinafikan, kewujudan yang guna air paip tanpa tapis masak ni kebanyakanlah.
“Kenduri kendara kalau rewang ramai-ramai memang confirm guna air masak sebab gotong royong masak air satu periuk besar,” katanya.
Untuk makluman dan fakta bagi para pembaca, kebanyakan negara maju seperti Jerman, Kanada, Sweden, United Kingdom, Itali, Austria, Perancis mahupun Singapura sememangnya dibolehkan meminum air paip terus tanpa perlu memasaknya kerana kualiti airnya dijamin bersih.
Di Malaysia, seperti yang diberitahu oleh menteri, masalah yang menyebabkan air paip di negara ini menimbulkan was-was adalah kerana faktor paip berkarat. Air yang berkumpul dan tidak boleh mengalir seperti dalam tangki air, pasir dan lumut.
Sebab itulah kita tidak dapat air yang betul-betul tulen menerusi paip rumah kita. Semoga suatu hari nanti Malaysia juga dapat mengekalkan air bersih dan boleh diminum terus dari paip untuk memudahkan kerja semua. Misalnya untuk isu air balang guna air paip ini.
Sumber: Kosmo Online