Cara mencari rezeki bagi setiap orang adalah berbeza. Ada yang makan gaji dan ada juga yang harus berniaga. Jika ada usaha dan sokongan masyarakat yang baik, pasti lelah dan titik peluh itu akan diberi ganjaran oleh Tuhan.
Menyebut hal itu, tular baru-baru ini ciapan berkenaan kegigihan seorang budak lelaki berumur 16 tahun yang digelar adik Ilham mencari rezeki dengan menolong ibunya berniaga pulut panggang dan nasi lemak demi kelangsungan hidup.
Menurut FS Channel, adik Ilham mula berniaga sejak umur 10 tahun. Sekarang ini, adik Ilham sudah berusia 16 tahun yang juga sedang menduduki kelas tingkatan 4 di sekolah. Hal itu tular setelah diulang ciap oleh akaun Isu Semasa Viral pada 2 hari lepas.
“Hampir 6 tahun berniaga membantui ibu sebab dia kesiann tengok ibu dia susah payah niaga untuk bayar rumah sewa,” jelas ciapan yang diulang kongsi oleh Isu Semasa Viral bercerita tentang adik Ilham.
Jelasnya, ibu adik Ilham memasak pulut panggang dengan cara penyediaan yang bagus serta menjaga kualiti rasa dan tekstur kuih selain harga yang murah. Adik Ilham juga turut menzahirkan rasa syukur kepada orang sekeliling yang menyokongnya mencari rezeki selama ini.
“Pulut panggang hanya RM1 sahaja, rasa dia sedap sangat. Adik Ilham kata ibu masak inti pulut panggang sampai 4 jam ke 6 jam.
“Adik Ilham ucap terima kasih kepada cikgu-cikgu dia yang kerap kali bantu beli dengan jumlah yang banyak,” terangnya lagi.
Tambahnya, sesiapa yang selalu menggunakan perkhidmatan LRT Setiawangsa ini boleh datang menyokong adik Ilham dengan membeli makanan jualannya pada waktu petang. Perniagannya beroperasi pada waktu petang sahaja dari jam 4.30 petang sehingga habis jualan, Sabtu dan Ahad adalah hari cuti.
Adik Ilham ni niaga Pulut Panggang dan Nasi Lemak sejak umur 10 tahun. Sekarang adik ni dah tingkatan 4. Hampir 6 tahun niaga bantu ibu sebab dia kesian tengok ibu dia susah payah niaga untuk bayar rumah sewa. pic.twitter.com/Dti9jbBXHA
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) August 7, 2022
Meninjau reaksi netizen berkenaan berita adik Ilhan tersebut, ramai yang ingin menyokong dan menyifatkan adik Ilham mempunyai semangat yang bukan semua orang miliki.
“Hebat adik ini. Semoga menjadi insan yang berjaya dan juga peniaga yang berjaya di masa akan datang nanti. InshaAllah,” luah seorang netizen bernama Suhaimi dalam berita mari sokong adik Ilham.
Kesimpulannya, dalam hidup bermasyarakat, sememangnya ini adalah satu sebab kenapa sifat empati dan simpati perlu ditanam di dalam diri setiap orang.
Ada yang senang, haruslah menolong orang yang susah. Dan ada yang susah, adalah satu keperluan untuk masyarakat beradab sama-sama membantu.
Semoga adik Ilham sentiasa menjadi yang mencerahkan pada masa kini dan pada masa yang akan datang. Mari sokong adik Ilham jom!
Sumber: Isu Semasa Viral